Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kaedah berangka: matematik untuk sains dan kejuruteraan menggunakan MAPLE

Che Teh, Che Rahim (2005) Kaedah berangka: matematik untuk sains dan kejuruteraan menggunakan MAPLE. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–52–0367–9

[img]
Preview
PDF
48kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Buku ini ditulis untuk pelajar sarjana muda yang mengambil mata pelajaran Kaedah Berangka khususnya yang ditawarkan kepada pelajar fakulti kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia. Bagaimanapun, buku ini juga sesuai digunakan oleh pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi yang lain. Keistimewaan buku ini adalah satu-satunya buku seumpamanya yang terdapat di pasaran diterbitkan dalam Bahasa Melayu menggunakan MAPLE. Buku ini turut menyediakan asas matematik dengan lengkap bagi Kaedah Berangka yang digunakan sebagai pengiraan dalam menyelesaikan masalah saintifik dan kejuruteraan. Penyelesaian kepada contoh diberikan secara manual menggunakan kalkulator dalam bentuk yang mudah difahami dan pengaturcaraan MAPLE disediakan bagi setiap contoh. Fail pengaturcaraan MAPLE yang disediakan akan membantu pembaca menyelesaikan sendiri masalah yang lain dalam kategori yang sama. Pengaturcaraan MAPLE ini juga boleh diubahsuai bagi membentuk pengaturcaraan yang lebih besar bagi menyelesaikan masalah pengiraan projek tahun akhir bagi pelajar prasiswazah dan tesis bagi pelajar pascasiswazah.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:MAPLE, PERSAMAAN TAK LINEAR, SISTEM PERSAMAAN LINEAR, INTERPOLASI DAN PENYUAIAN LENGKUNG
Subjects:Q Science
Divisions:Science
ID Code:29978
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:09 Apr 2013 07:44
Last Modified:27 Sep 2017 06:41

Repository Staff Only: item control page