Abdul Ghafar, Mohamad Najib (2004) Dinamika sistem pendidikan tinggi. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–52–0341–5
|
PDF
52kB |
Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...
Abstract
Pendidikan tinggi merupakan peringkat terakhir dalam menganjurkan pendidikan formal untuk warganegara dari segi latihan kesarjanaan sebelum penglibatan mereka di tempat kerja, dalam masyarakat, dan negara. Sehubungan itu, pendidikan tinggi mempunyai ciri dan agendanya yang tersendiri. Konsep dan falsafah pendidikan tinggi adalah untuk membangunkan kemahiran intelek sebagai salah satu agen yang dapat membebaskan fikiran manusia daripada belenggu kepayahan, kekecewaan, dan kemalasan. Pendidikan tinggi harus menyediakan peluang terbaik dari segi organisasi, kurikulum, sumber dan fasiliti yang membantu pembangunan sumber manusia supaya bergiat tanpa kekangan dalam memajukan masyarakat dan negara setelah tamat pengajian. Universiti adalah suatu sistem yang kompleks yang terdiri daripada pelbagai komponen yang saling berinteraksi antara satu sama lain. Dinamika sistem pula merupakan pembinaan model struktur dan tingkah laku sesuatu sistem yang kompleks. Buku ini membincangkan komponen–kompoenen penting yang mempunyai kaitan antara satu sama lain untuk bergerak sebagai organisasi yang disebut sebagai universiti. Perbincangan meliputi konsep pendidikan tinggi dan kaedah menilai konsep dari segi operasi. Susunan bab menerangkan sesuatu falsafah pendidikan, diikuti dengan ciri–ciri penubuhan berasaskan nilai politik dan keilmuan. Buku ini sesuai untuk pelajar, staf dan pengurus serta perancang dalam pendidikan tinggi.
Item Type: | Book |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | sistem pendidikan tinggi, Autonomi Pengurus, Autonomi Akademik, Autonomi Pelajar |
Subjects: | L Education |
Divisions: | Education |
ID Code: | 29960 |
Deposited By: | Liza Porijo |
Deposited On: | 09 Apr 2013 07:55 |
Last Modified: | 27 Sep 2017 04:52 |
Repository Staff Only: item control page