Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Reka bentuk sistem: kuasa bendalir

Jamaludin, Khairur Rijal (2004) Reka bentuk sistem: kuasa bendalir. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–52–0337–2

[img]
Preview
PDF
50kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Buku ini memaparkan penjelasan terperinci mengenai konsep dan pengiraan yang terlibat dalam Reka Bentuk Sistem Kuasa Bendalir. Ia sesuai digunakan sebagai teks untuk pelajar Diploma dan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal dan juga Kejuruteraan Mekatronik. Pelajar yang mengikuti kursus Diploma dan Ijazah Teknologi juga boleh menggunakan buku ini. Buku ini juga sesuai digunakan sebagai manual rujukan kepada golongan profesional yang terlibat dengan kerja reka bentuk sistem kuasa bendalir kerana konsep dan kaedah reka bentuk yang dijelaskan dalam buku ini lebih berbentuk praktikal tanpa mengabaikan aspek teoritikal. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu hidraulik dan pneumatik. Bab 3 hingga Bab 6 adalah mengenai Reka Bentuk Sistem Hidraulik, manakala Bab 7 hingga Bab 9 adalah berkaitan dengan Reka Bentuk Sistem Pneumatik. Bab 2 pula merupakan ulang kaji konsep mekanik bendalir yang akan digunakan dalam Reka Bentuk Sistem Kuasa Bendalir ini. Bab terakhir dalam buku ini, Bab 9, membincangkan tajuk Reka Bentuk Sistem Elektro–pneumatik. Pengetahuan yang digarap dalam bab ini dapat digunakan dalam sistem Elektro–hidraulik. Beberapa masalah yang melibatkan reka bentuk sistem hidraulik dan sistem pneumatik diberikan di bahagian akhir teks bertujuan untuk menguji kemampuan pembaca menyelesaikan masalah yang melibatkan reka bentuk sistem kuasa bendalir.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:kuasa bendalir, Reka Bentuk Sistem Hidraulik, Reka Bentuk Sistem Pneumatik,
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions:Mechanical Engineering
ID Code:29959
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:09 Apr 2013 07:55
Last Modified:27 Sep 2017 04:47

Repository Staff Only: item control page