Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Melaksanakan pengurusan keselamatan menyeluruh: keselamatan, kesihatan, dan daya saing dalam pasaran global

Abdul Rani, Mat Rebi (Penterjemah) and Bahak, Mohd. Zubil (Penterjemah) (2004) Melaksanakan pengurusan keselamatan menyeluruh: keselamatan, kesihatan, dan daya saing dalam pasaran global. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–52–0342–3

[img]
Preview
PDF
62kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Buku Melaksanakan Pengurusan Keselamatan Menyeluruh menyediakan liputan yang komprehensif tentang segala maklumat yang diperlukan oleh pelajar dan pengamal untuk menjadi seorang pengurus, jurutera, juruteknik, penyelia, dan pekerja yang banyak pengetahuan tentang keselamatan menyeluruh dan kesihatan. Kerajaan menekankan agar peraturan keselamatan dan kesihatan dipatuhi sepenuhnya. Pengguna mahukan produk yang selamat digunakan dan kemudahan tempat menerima perkhidmatan yang selamat. Pekerja memerlukan persekitaran kerja yang selamat dan sihat bagi membolehkan mereka menyumbang khidmat terbaik. Akhir sekali, organisasi mahukan semua pekerjanya memberikan prestasi terbaik sepanjang masa supaya organisasi terbabit mampu berdaya saing dalam pasaran global. Segala kehendak ini memerlukan pendekatan Pengurusan Keselamatan Menyeluruh (TSM) bagi mengurus persekitaran kerja. Semua konsep asas tentang Pengurusan Keselamatan Menyeluruh dibincangkan dengan panjang lebar dalam buku ini. Selain itu, perhatian khusus turut diberikan kepada tajuk penting berikut model pelaksanaan tsm, jawatankuasa pemandu tsm dan peranannya, fasilitator tsm dan peranannya, pasukan projek pembaikan (ppp) dan peranannya, penubuhan pasukan dan kerja berpasukan untuk keselamatan dan kesihatan, pembaikan berterusan persekitaran kerja, penyerahan kuasa kepada pekerja bagi memperbaiki persekitaran kerja, perancangan strategi untuk keselamatan dan kesihatan, dan mengenal pasti dan menghapuskan bahaya keselamatan dan kesihatan.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:pengurusan keselamatan, Pengurusan Keselamatan Menyeluruh (TSM), Perubahan Budaya,
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions:Mechanical Engineering
ID Code:29958
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:09 Apr 2013 07:56
Last Modified:27 Sep 2017 04:45

Repository Staff Only: item control page