Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Teori struktur

Ahmad, Yusof (2004) Teori struktur. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–52–0326–1

[img]
Preview
PDF
43kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Buku ini sesuai dijadikan rujukan asas untuk pelajar kursus kejuruteraan di institusi pengajian tinggi dan politeknik, khususnya bagi pelajar yang mengikuti kursus Kejuruteraan Awam. Buku Teori Struktur ini disusun dengan tujuan untuk memberi kefahaman kepada pembaca tentang Analisis Struktur Kejuruteraan Awam iaitu mata pelajaran penting untuk memahami Analisis Struktur dengan lebih mendalam. Pemahaman yang baik mengenai Analisis Struktur ini diharap pembaca dapat mengguna dan memanfaatkannya dalam kerja mereka bentuk. Asas yang diperlukan untuk memahami mata pelajaran Teori Struktur ialah Mekanik Bahan dan Mekanik Statik. Selepas membaca keseluruhan bab dan membuat latihan yang disediakan di akhir setiap bab, penulis berharap para pembaca akan dapat menyelesaikan suatu masalah dengan mudah menggunakan prinsip yang telah dipelajari dan memahami ilmu teori struktur secara mendalam. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis mengajar kursus ini selama 16 tahun dan Teori Struktur adalah buku keempat yang ditulis selepas Mekanik Bahan dan Struktur, Mekanik Statik dan Mekanik Dinamik. Kesemua buku ini diterbitkan oleh Penerbit UTM.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:Teori struktur, Jenis Struktur, Analisis Rasuk dan Kerangka, KEKUDA SATAH
Subjects:T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions:Civil Engineering
ID Code:29955
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:09 Apr 2013 07:55
Last Modified:27 Sep 2017 04:39

Repository Staff Only: item control page