Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengantar perundangan Islam

Borham, Abd. Jalil (2002) Pengantar perundangan Islam. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983-52-0276-1

[img]
Preview
PDF
23kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Buku Pengantar Perundangan Islam ditulis dengan harapan untuk memberi gambaran ringkas tentang definisi undang-undang Islam meliputi pengertian fiqh dan syariah. Kerana itu, buku ini menghuraikan ciri-ciri keistimewaan undang-undang Islam dan perbezaan antara syariah dengan undang-undang sivil, dan asas pembinaan undang-undang Islam sejak awal penubuhannya hingga ke hari ini. Buku ini juga membicarakan sejarah perundangan Islam di Tanah Melayu tempat terawal petapakan Islam, pelaksanaan undang-undang Melaka dan pengaruh pelaksanaannya di Nusantara. Kedudukan undang-undang Islam dalam Perlembagaan Persekutuan juga turut disentuh untuk menerangkan keadaan sebenar undang-undang Islam selepas kemerdekaan Tanah Melayu, dan sejarah ringkas penubuhan serta bidang kuasa mahkamah syariah di Malaysia. Buku ini amat sesuai dimiliki oleh pelajar di institusi pengajian tinggi yang mengikuti subjek Pengantar Syariah dan Perundangan serta Tamadun Islam. Ia juga sesuai dibaca oleh setiap lapisan masyarakat terpelajar yang berminat mengenali aspek-aspek Perundangan Islam.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:Perundangan Islam, sejarah perundangan Islam, mahkamah syariah
Subjects:K Law > K Law (General)
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:29883
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:08 Apr 2013 05:04
Last Modified:10 Jul 2017 04:18

Repository Staff Only: item control page