Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Matematik lanjutan

Md. Raji, Abd. Wahid and Rahmat, Hamisan and Kamis, Ismail and Mohd. Talib, Mohammed and Mohamad, Mohd. Nor and Ong, Chee Tiong (2002) Matematik lanjutan. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983-52-0261-3

[img]
Preview
PDF
22kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Buku ini adalah sambungan kepada buku Matematik Asas yang juga diterbitkan oleh Penerbit UTM (2002). Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus matematik di peringkat pengajian program Matrikulasi, program Asasi Sains dan pengajian di tahun pertama universiti dan boleh juga digunakan sebagai rujukan diperingkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Buku ini disusun dan ditulis dalam bentuk yang mudah difahami dan mesra pembaca. Kesemua tujuh bab yang disediakan menghuraikan tajuk-tajuk penting yang dibincangkan dengan teliti. Terdapat 250 contoh terpilih yang dibincangkan dan lebih 500 soalan yang mampu menguji minda dan kefahaman pembaca. Jawapan bagi soalan-soalan juga disediakan bagi membolehkan pembaca menyemak kefahaman mereka. Buku Matematik Lanjutan ini ditulis oleh sekumpulan pensyarah yang aktif menghasilkan modul pengajaran kursus matematik, menulis dan menterjemah buku-buku matematik di peringkat tinggi. Kesemua mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam mengajar pelbagai kursus matematik bagi pelajar-pelajar sains dan kejuruteraan di peringkat pengajian sarjana muda dan pasca-ijazah.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:Matematik Lanjutan, Matematik,
Subjects:Q Science > QA Mathematics
Divisions:Science
ID Code:29881
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:08 Apr 2013 05:04
Last Modified:31 Jul 2017 07:22

Repository Staff Only: item control page