Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Matematik asas

Md. Raji, Abd. Wahid and Rahmat, Hamisan and Kamis, Ismail and Mohamad, Mohd. Nor and Ong, Chee Tiong (2002) Matematik asas. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983-52-0256-7

[img]
Preview
PDF
22kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Buku Matematik Asas ini ditulis khusus untuk pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang mengambil mata pelajaran Matematik Asas. Kandungan buku ini disusun dengan teliti dan terperinci supaya pelajar boleh memahami konsep matematik dengan mudah. Setiap bahagian dilengkapi dengan contoh penyelesaian untuk memahirkan pelajar dengan teknik menjawab soalan. Untuk memberi kefahaman mengenai tajuk yang dibincangkan, dua bentuk soalan disediakan; Uji Minda terdiri daripada soalan-soalan pendek yang terletak di akhir setiap bahagian, dan Soalan Latihan yang lebih mencabar di akhir setiap bab. Soalan-soalan disusun berperingkat-peringkat mengikut pelbagai darjah kesukaran bagi membantu pelajar yang mempunyai kebolehan yang berbeza-beza. Jawapan untuk kedua-dua jenis soalan uji minda dan latihan juga disediakan untuk tujuan penyemakan. Buku ini ditulis oleh sekumpulan pensyarah Jabatan Matematik, Universiti Teknologi Malaysia dan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn yang mempunyai pengalaman luas dalam pengajaran matematik. Buku ini sesuai dijadikan rujukan para pelajar yang mengikuti program Matrikulasi, program Asasi Sains dan pelajar tahun pertama di Institusi Pengajian Tinggi.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:Matematik Asas, teknik menjawab soalan, uji minda
Subjects:Q Science > QA Mathematics
Divisions:Science
ID Code:29880
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:08 Apr 2013 05:04
Last Modified:31 Jul 2017 07:21

Repository Staff Only: item control page