Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Malaysia: perspektif sejarah dan politik

Thukiman, Kassim (2002) Malaysia: perspektif sejarah dan politik. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983-52-0271-0

[img]
Preview
PDF
21kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik merupakan percubaan awal penulis untuk menganalisis secara mendalam tentang sejarah pembentukan negara, perkembangan politik, perubahan sosial, pendidikan, perlembagaan, budaya, agama dan hubungan antarabangsa. Penghasilan buku ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman tentang sejarah Malaysia secara mendalam kepada para pembaca yang akhirnya diharapkan mereka menginsafi bahawa pembinaan tamadun sesebuah negara bukanlah begitu mudah. Sesungguhnya perjuangan menuntut kemerdekaan negara memerlukan pengorbanan yang begitu besar. Natijahnya, hasil dan nikmat daripada kemerdekaan negara dan program pembangunan yang dilaksanakan, turut dikecapi oleh kita semua. Adalah diharapkan pengkaryaan buku ini dapat menyumbangkan kesedaran patriostisme dan nasionalisme yang lebih mendalam di kalangan rakyat Malaysia. Hasil penulisan ini merupakan sebahagian daripada cabaran kepada penulis untuk menghasilkan karya mengenai negara kita sendiri menurut kaca mata nasional. Ini disebabkan kebanyakan buku sejarah Malaysia yang awal disifatkan sebagai penulisan yang berbentuk western-centric. Para penulisnya pula terdiri daripada pegawai-pegawai British yang bertugas di negara ini. Justeru itu, memang terdapat begitu banyak bias dalam penulisan mereka. Buku ini sesuai untuk dijadikan rujukan kepada para pelajar yang mengikut mata pelajaran Sejarah Malaysia dan Kenegaraan Malaysia sama ada di peringkat sekolah menengah atas, maktab, kolej dan universiti. Buku ini juga sesuai untuk dijadikan bahan bacaan umum untuk menambahkan lagi kefahaman dan mengukuhkan kesedaran kenegaraan di kalangan para pembaca.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:Sejarah, Politik, sejarah Malaysia, patriostisme dan nasionalisme
Subjects:J Political Science > JQ Political institutions Asia
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:29879
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:08 Apr 2013 05:04
Last Modified:10 Jul 2017 01:25

Repository Staff Only: item control page