Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Majalah Ahkam Johor: latar belakang, pelaksanaan dan komentar

Borham, Abd. Jalil (2002) Majalah Ahkam Johor: latar belakang, pelaksanaan dan komentar. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983-52-0270-2

[img]
Preview
PDF
88kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Buku ini mengandungi perbincangan sejarah kedatangan Majallah al–Ahkam al–‘Adliyyah Turki ke negeri Johor dengan mengemukakan latar belakang negeri Johor, sejarah pentadbiran undang-undang dan kedudukan Islam di Johor sebelum kedatangan penjajah Inggeris berdasarkan sumber–sumber yang ditemui. Seterusnya dinyatakan perbandingan Majallah al–Ahkam al–‘Adliyyah dengan Majalah Ahkam Johor dari segi latar belakang, aspek penyediaan dan kandungan. Dijelaskan juga daftar isi keseluruhan Majalah Ahkam Johor bagi menerangkan subjek yang disentuh tentang mu’amalat Islam. Seterusnya dinyatakan tentang pelaksanaan Majalah Ahkam Johor di negeri Johor. Ia meliputi pengistiharan Majalah Ahkam Johor sebagai rujukan di mahkamah-mahkamah negeri Johor, badan-badan yang terlibat dalam pelaksanaanya, penerimaannya dalam sistem kehakiman di negeri Johor dan sebab-sebab Majalah Ahkam Johor kurang dijadikan rujukan di mahkamah-mahkamah negeri Johor. Kemudian dalam bahagian komentar diulas beberapa ayat atau perkataan yang sukar difahami dari madah-madah dan bilangan-bilangan dengan menghuraikannya daripada pelbagai sumber. Kajian ini kemudiannya diakhiri satu kesimpulan yang memperjelaskan bahawa hakikat pelaksanaan Majalah Ahkam Johor adalah mempertahankan undang-undang Islam dari diketepikan oleh pihak penjajah sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan ‘Uthmaniyyah Turki bermula dengan aspek mu’amalat. Majalah Ahkam Johor perlu dilihat kembali bagi menyedarkan generasi hari ini tentang betapa pentingnya undang-undang Islam dalam sejarah perundangan negara. Semoga hasil kajian ini akan mencorakkan pemikiran umat Islam pada hari ini terhadap sejarah perundangan Islam di Malaysia dan meyakini keunggulan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:sejarah kedatangan, mu’amalat Islam, undang-undang Islam
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:29878
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:08 Apr 2013 05:04
Last Modified:10 Jul 2017 01:22

Repository Staff Only: item control page