Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Prinsip sistem maklumat geografi

Ibrahim, Norkhair (Penterjemah) and Majid, Zulkepli (Penterjemah) (2002) Prinsip sistem maklumat geografi. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983-52-0275-3

[img]
Preview
PDF
27kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Rolf A. de By, Richard A. Knippers, Yuxian Sun, Martin C. Ellis, Menno-Jan Kraak, Michael J. C. Weir, Yola Georgiadou, Mostafa M. Radwan, Wolfgang Kainz, Cees J. van Westen, & Edmund J. Sides. Maklumat geografi diperlukan untuk tujuan perancangan dan pengurusan infrastruktur dan sumber-sumber semula jadi. Alat untuk menghasilkan maklumat berkaitan secara tersusun ialah Sistem Maklumat Geografi (Geografic Information Systems (GIS)). GIS sentiasa digunakan dalam banyak bidang aplikasi, dan masyarakat: terutamanya Sains Bumi namun kegunaannya semakin meningkat dalam pentadbiran awam, dan pelbagai bentuk industri. Pengendalian data ruang ialah satu kepakaran yang tersendiri, yang mana operator mesti mempunyai pengetahuan tinggi dalam beberapa bidang: persembahan fenomena geografi, pemprosesan data secara umum, fungsi-fungsi biasa analisis ruang, sistem rujukan ruang dan kefungsian GIS. Buku teks ini memperkenalkan sistem maklumat geografi sebagai satu alat untuk pengendalian data ruang. Prinsip di sebaliknya dipersembahkan satu persatu: pengenalpastian fenomena geografi yang relevan, pilihan untuk mewakilkannya dalam GIS, kebaikan dan kekurangan berkaitan dalam operasi ke atas pewakilan-pewakilan ini, persediaan bagi set data ruang fungsi spatio-analitik yang ada bersama GIS, dan kaedah untuk memvisualisasi data ruang juga tidak ketinggalan disentuh. Buku ini menerangkan semua topik ini tanpa bergantung kepada mana-mana perisian. Pada mulanya, buku ini dihasilkan untuk mengambil kira keperluan bagi semua pelajar ITC. Pelajar-pelajar ITC biasanya mempunyai pengalaman bekerja dan aktif dalam pelbagai aplikasi (daripada ukur geologi kepada perancangan bandar). Dengan itu, kami merasakan buku ini boleh menarik minat ramai yang bekerja dengan sistem maklumat geografi: pelajar ijazah, pelajar lepasan ijazah dan ahli profesional. Kami berharap buku teks ini adalah efektif dalam memberikan pandangan tentang potensi sistem maklumat geografi sebagai satu alat untuk pengendalian data ruang.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:Sistem maklumat geografi, pengurusan infrastruktur
Subjects:T Technology > T Technology (General)
Divisions:Geoinformation and Real Estate
ID Code:29871
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:08 Apr 2013 06:19
Last Modified:13 Jun 2017 03:44

Repository Staff Only: item control page