Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan budaya keselamatan di tempat kerja

Misnan, Mohd. Saidin and Mohammed, Abdul Hakim and Dalib, Abdul Rahman (2011) Pembangunan budaya keselamatan di tempat kerja. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978-983-52-0800-3

[img]
Preview
PDF
68kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Industri pembinaan sering dikritik kerana kurang mengambil berat dalam aspek keselamatan dan kesihatan. Sektor pembinaan adalah dikenali antara industri yang mencatatkan kadar kemalangan yang tinggi berbanding industri lain kerana sering dikaitkan dengan fenomena 3–D iaitu ‘Dirty, Difficult and Dangerous’ (Kotor, Sukar dan Merbahaya). Keselamatan dalam industri pembinaan ialah suatu bidang yang signifikan kerana sektor ini menyediakan banyak peluang pekerjaan dan ia juga menyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan yang melibatkan kemalangan maut. Kerja dalam industri ini dianggap merbahaya kerana ia mungkin sering kali melibatkan pekerjaan di tempat tinggi yang menggunakan perancah, lorong laluan, tangga, bumbung, kerja pengorekan yang melibatkan letupan, jentera kerja tanah dan penggunaan jentera pengangkat seperti kren dan pengangkat (hoist). Justeru, budaya keselamatan di tempat kerja merupakan satu elemen penting yang berupaya untuk mencegah daripada berlakunya kemalangan yang menjurus kepada hubungan antara manusia, kesihatan, keselamatan dan kemalangan serta persekitaran. Selain itu, budaya keselamatan juga merupakan satu elemen yang penting dalam keseluruhan aktiviti sesebuah organisasi. Ini adalah kerana budaya keselamatan berupaya mencegah daripada berlakunya sesuatu kemalangan. Kesedaran mengenai budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan seharusnya menjadi agenda yang harus diberikan penekanan oleh semua pihak.

Item Type:Book
Subjects:H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions:Built Environment
ID Code:29809
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:28 Mar 2013 02:08
Last Modified:02 Feb 2017 06:11

Repository Staff Only: item control page