Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian perbandingan secara komprehensif ke atas pelajar bumiputera lepasan SPM berbanding pelajar lepasan sijil matrikulasi yang mengikuti kursus pengajian di UTM

Abu, Mohd. Salleh and Idris, Ahmad Kamal and Mohamad, Mohd. Nor and Madros, Nor Haliza (2003) Kajian perbandingan secara komprehensif ke atas pelajar bumiputera lepasan SPM berbanding pelajar lepasan sijil matrikulasi yang mengikuti kursus pengajian di UTM. Project Report. Universiti Teknologi Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF
3MB

Abstract

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memulakan sesi pengambilan pelajar daripada pelbagai asas kemasukan iaitu Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Lepasan Sijil Matrikulasi dan Lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada Semester I Sesi 2002/2003. Lantaran itu, satu tinjauan telah dibuat dalam menentukan samada langkah yang telah diambil adalah benar-benar tepat atau memerlukan pembaikan dalam pengambilan pelajar pelbagai asas kemasukan ini.Oleh kerana majoriti kumpulan pelajar yang terlibat dalam sesi kemasukan kali ini adalah di kalangan Pelajar Lepasan SPM dan Lepasan Sijil matrikulasi, maka kumpulan ini telah dipilih untuk dilihat sejauh manakah prestasi mereka dalam mengharungi sesi pembelajaran di universiti dan ia lebih mengkhusus kepada ‘survival’ pelajar bumiputera itu sendiri. Walaubagaimanapun, seiringan dengan kemasukan kumpulan pelajar ini, satu aspek yang turut perlu diberi perhatian adalah pemantauan pencapaian akademik mereka dalam persepsi pemilihan kemasukan berasaskan sistem meritokrasi. Oleh kerana sistem meritokrasi ini mementingkan siapa yang benar-benar layak sahaja akan mendapat tempat di institusi pengajian tinggi, maka sekali lagi dalam kes ini, mereka sekali lagi dipilih untuk dilihat samada adakah kumpulan pelajar yang berjaya mendapat tempat ini telah menggunakan peluang yang diperolehi oleh mereka sebaik mungkin dan sejauh manakah prestasi mereka selama ini.

Item Type:Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords:meritokrasi; lepasan SPM; matrikulasi
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:2877
Deposited By: Norzubaidha Ismail
Deposited On:21 May 2007 00:22
Last Modified:26 Jul 2017 06:49

Repository Staff Only: item control page