Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penyediaan dan pencirian saput tipis SnSe berorientasi tunggal

Sakrani, Samsudi (1996) Penyediaan dan pencirian saput tipis SnSe berorientasi tunggal. Bulletin of Malaysian Solid State Science & Technology , 6 (2). pp. 225-235. ISSN 0128-5637

[img] PDF
1MB

Abstract

Saput tipis timah selenida telah disediakan dengan menggunakan kaedah tindakbalas keadaan pepejal. Lapisan bertingkat Sn/Se/Sn telah disejatkan keatas substrat kaca pada tekanan 10-5 mbar dan ketebalan 150/300/150 nm. Suhu substrat telah ditetapkan antara 200-270 oC untuk membolehkan pembentukan sebatian SnSe yang stoikiometri melalui proses tindakbalas kimia. Analisis sinar-X menunjukkan wujudnya struktur polihablur berdasarkan kepada puncak-puncak belauan yang terdapat pada sampel 210 oC dan 220 oC. Satu puncak tunggal yang sangat tinggi dikesan pada sampel 230-270 oC mencadangkan pembentukan SnSe berorientasi tunggal pada satah (031). Nilai kerintangan yang diukur dan tenaga pengaktifan yang dikira, masing-masing adalah 15-29  cm dan 0.05 eV. Pengukuran kesan Hall memberikan parameter RH = 536.8 cm3C-1, µH = 39.5 cm2V-1S-1 dan konduksi jenis-p dengan kepekatan, p = 1.2 x 1016 cm-3.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:thin film, tin selenide film, solid state reaction
Subjects:Q Science > QC Physics
Divisions:Science
ID Code:2868
Deposited By: Samsudi Sakrani
Deposited On:11 Apr 2008 03:44
Last Modified:01 Jun 2010 03:05

Repository Staff Only: item control page