Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor penyumbang kepada kemerosotan penyertaan pelajar dalam aliran sains: satu analisis sorotan tesis

Phang, Fatin Aliah and Abu, Mohd. Salleh and Bilal Ali, Mohamad and Salleh, Salmiza (2012) Faktor penyumbang kepada kemerosotan penyertaan pelajar dalam aliran sains: satu analisis sorotan tesis. In: Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012, 7 - 9 October 2012, The Zon Regency, Johor Bahru, Johor.

[img] PDF - Published Version
457kB

Official URL: http://www.medc.com.my/medc/seminar_medc/fromCD/pd...

Abstract

Pada tahun 1996, kerajaan Malaysia mensasarkan kadar peratusan penyertaan pelajar dalam aliran sains berbanding sastera pada nisbah 60:40. Sehingga tahun 2012, peratusan penyertaan pelajar dalam aliran sains tidak pernah mencapai 60% malahan berlaku trend penyusutan yang membimbangkan. Sehingga kini, terdapat banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengenalpasti faktor yang menyumbang kepada senario ini. Sehubungan itu, satu kajian analisis sorotan tesis telah dijalankan ke atas 344 tesis peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran yang telah dilakukan di sembilan buah IPTA bagi tempoh 2001-2010. Tujuan utama kajian ini adalah untuk merumuskan faktor yang dikenalpasti sebagai penyumbang utama kepada kekurangan penyertaan pelajar dalam aliran sains di negara ini dan seterusnya mencadangkan tindakan yang perlu diambil untuk memperbaiki ketidakseimbangan ini. Kajian mendapati bahawa ramai pelajar lepasan menengah rendah mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk meneruskan pengajian dalam aliran sains. Mereka juga mempunyai minat yang tinggi dan sikap yang positif terhadap bidang sains dan matematik. Bagaimanapun, kerisauan mengenai kesukaran pembelajaran dan tahap keyakinan akademik yang rendah dalam matapelajaran sains dan matematik dikenalpasti sebagai faktor utama menyebabkan ramai dalam kalangan mereka tidak memilih aliran sains di peringkat tingkatan empat dan ke atas. Selain itu, faktor pengajaran guru, sistem penilaian, faktor demografi dan pengurusan sekolah juga menyumbang kepada sebab mengapa pelajar kurang menyertai aliran sains. Sebanyak empat cadangan teras telah diutarakan untuk menangani masalah ini.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:pelajar aliran sains, kemerosotan aliran sains
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Education
ID Code:28550
Deposited By: Dr Fatin Aliah Phang
Deposited On:24 Oct 2012 03:07
Last Modified:26 Aug 2017 04:51

Repository Staff Only: item control page