Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengajaran free-body diagram (FBD) dalam menyelesaikan masalah tajuk daya tingkatan empat

Phang, Fatin Aliah (2012) Pengajaran free-body diagram (FBD) dalam menyelesaikan masalah tajuk daya tingkatan empat. In: Seminar Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012, 7 - 9 October 2012, The Zon Regency, Johor Bahru, Johor.

[img] PDF - Published Version
335kB

Official URL: http://www.medc.com.my/medc/seminar_medc/fromCD/pd...

Abstract

Free-body Diagram (FBD) merupakan gambar rajah perwakilan yang membantu pelajar menyelesaikan masalah tentang Daya. Kajian tindakan ini bertujuan meningkatkan keupayaan pelajar menyelesaikan masalah Daya di samping membaiki cara pengajaran guru melalui pengajaran FBD. Modul pengajaran FBD dihasilkan untuk membantu kelancaran proses pengajaran FBD. Kajian ini melibatkan 35 orang responden di SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru. Alat kajian yang digunakan ialah Ujian Keupayaan Menyelesaikan Masalah Daya (UKMMD) yang merangkumi dua subtopik Fizik Tingkatan Empat iaitu “Kesan-kesan Daya” dan “Daya dalam Keseimbangan”. Ujian pra UKMMD bertujuan untuk mengetahui tahap keupayaan menyelesaikan masalah Daya pelajar sebelum diajar menggunakan modul pengajaran FBD. Ujian pasca pula untuk mengetahui tahap keupayaan menyelesaikan masalah Daya pelajar selepas pengajaran FBD serta hubungan pemahaman FBD dengan keupayaan menyelesaikan masalah Daya. Data yang dikumpulkan dianalisis untuk mendapatkan peratusan, min purata, ujian-t dan nilai kolerasi Pearson ‘r’. Dapatan kajian mendapati tahap keupayaan menyelesaikan masalah Daya sebelum pengajaran FBD dan tahap pemahaman penggunaan FBD adalah pada tahap rendah manakala tahap keupayaan menyelesaikan masalah Daya selepas pengajaran FBD pada tahap sederhana. Analisis ujian-t menunjukkan perbezaan yang bererti bagi tahap keupayaan menyelesaikan masalah Daya sebelum dan selepas pengajaran FBD (t = -9.433, p < .01). Analisis korelasi menunjukkan hubungan yang sederhana (r = 0.47, p < .01) antara pemahaman penggunaan FBD dengan keupayaan menyelesaikan masalah Daya selepas pengajaran FBD. Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa pengajaran FBD dapat membantu meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah Daya.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:kajian tindakan, daya, penyelesaian masalah, gambar rajah, modul pengajaran
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Education
ID Code:28549
Deposited By: Dr Fatin Aliah Phang
Deposited On:24 Oct 2012 03:07
Last Modified:26 Aug 2017 04:52

Repository Staff Only: item control page