Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Analisis keperluan latihan di kalangan pelajar berprestasi kurang memuaskan di fakulti pengurusan dan pembangunan sumber manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Bakri, Norhani and Ab. Rahman, Hamidah and Abd. Razak, Noor Zainab and Ahmad Khalid, Aminah (2004) Analisis keperluan latihan di kalangan pelajar berprestasi kurang memuaskan di fakulti pengurusan dan pembangunan sumber manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Project Report. Universiti Teknologi Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF
26MB

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenalpasti profil dan personaliti pelajar yang berprestasi kurang memuaskan di FPPSM, faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran mereka dan jenis-jeis latihan yang diperlukan. Responden terdiri daripada keseluruhan pelajar FPPSM yang memperolehi skor CGPA kurang dari 2.5. Kaedah pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan perisian Statistical Package Social Science (SPSS). Kebolehpercayaan (reliability) borang soal selidik adalah 0.659. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan pelajar berprestasi kurang memuaskan di FPPSM terdiri daripada pelajar Melayu, berasal dari kawasan luar bandar / pekan kecil dengan tahap sosio ekonomi keluarga yang rendah. Majoriti daripada mereka mempunyai personaliti introvert serta menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan teknik belajar di IPT, kurang daya usaha dan memandang rendah terhadap kemampuan diri. Kebanyakan mereka memerlukan latihan bimbingan kerjaya, kursus pengurusan masa, kursus komunikasi berkesan dan kemahiran belajar yang berkesan. Pihak UTM amnya dan FPPSM, khususnya perlu sentiasa memantau dan membimbing pelajar secara konsisten dan berterusan bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran di UTM dengan sikap yang positif melalui kaedah pembelajaran yang betul.

Item Type:Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords:latihan; berprestasi kurang memuaskan; pembelajaran
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:2847
Deposited By: Norzubaidha Ismail
Deposited On:21 May 2007 03:45
Last Modified:19 Sep 2012 08:16

Repository Staff Only: item control page