Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Satu kajian mengenai pengunaan teleworking di Malaysia: kajian kes, metropolitan Klang Valley

Ahmad, Supian (2002) Satu kajian mengenai pengunaan teleworking di Malaysia: kajian kes, metropolitan Klang Valley. Project Report. UTM. (Unpublished)

[img] PDF (Full Text)
2MB

Abstract

Teleworking ialah satu kaedah kerja baru yang telah dipraktikkan di beberapa negara Eropah termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun sejak 1970an. Umumnya terminologi bagi teleworking telah dicipta oleh Jack Nilles pada era 1970an akibat krisis minyak. Menurut Nilles (1988), teleworking merupakan istilah yang melambangkan penerapan sepenuhnya teknologi komputer dan komunikasi ke atas sistem kerja seiring dengan perubahan polisi pengurusan dan struktur kerja. Di Malaysia, terdapat beberapa pertimbangan yang boleh dijadikan alasan untuk mengaplikasikan kaedah teleworking dalam masyarakat dan organisasi masa kini. Isu-isu seperti kesesakan bandar dan pencemaran kekurangan sumber tenaga serta isu kejiranan dan sosialisasi adalah antara perkara yang perlu dikaji dalam melihat kepentingan teleworking sebagai kaedah kerja baru yang lebih menguntungkan. Berdasarkan isu yang tersenarai, maka kajian ini dilaksanakan bagi mengatasi cabaran persaingan dan teknologi maklumat kepada firma SMEs di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada kesesuaian melaksanakan teleworking. Firma juga terpaksa menghadapi beberapa isu dan cabaran seperti persaingan antara firma, perubahan cara kerja intensif buruh ke intensif teknologi, masalah pekerja, tanggungan kos yang tinggi di bandar dan penggunaan cara kerja secara fleksibel, produktif dan efektif di kalangan firma. Kajian ini juga akan merangkumi kajian literatur terhadap kajian atau contoh terdahulu di luar negara. Kajian soal selidik pula akan dilaksanakan terhadap 200 buah firma dengan tumpuan kepada majikan firma. Lokasinya terletak di sekitar Wilayah Lembah Klang di mana pandangan dan keperluan firma SMEs dalam melaksanakan teleworking akan dikenalpasti. Hasil penemuan akan dianalisis dan disokong oleh analisis perisian Kos dan Faedah, JALA. Inc. Berdasarkan kajiselidik dan analisis, beberapa aspek firma dijadikan asas bagi menghasilkan berupa langkah-langkah, tindakan dan kaedah bagi melaksanakan teleworking khusus kepada firma SMEs. Selain itu, implikasi terhadap aspek perancangan bandar dan wilayah serta pembangunan bandar juga akan dikenalpasti.

Item Type:Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords:Teleworking,Small and medium firms,Metropolitan Klang Valley
Subjects:T Technology > T Technology (General)
Divisions:Built Environment
ID Code:2804
Deposited By: Mohd Kamarul Irwan Abdul Rahim
Deposited On:21 May 2007 06:54
Last Modified:12 Oct 2017 01:22

Repository Staff Only: item control page