Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tindakbalas kadar nadi semasa perlawanan bola jaring berdasarkan posisi pemain

Morazuki, Syahrul Ridhwan and Hassan, Khalifah Mastura (2008) Tindakbalas kadar nadi semasa perlawanan bola jaring berdasarkan posisi pemain. In: Adaptasi Latihan Dan Kecederaan. Penerbit UTM, Johor, pp. 39-51. ISBN 978-983-52-0510-1

[img] PDF (Abstract)
71Kb

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookc...

Abstract

Bola jaring merupakan permainan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan di mana setiap pasukan mempunyai tujuh orang pemain. Matlamat utama dalam permainan ini adalah menjaringkan seberapa banyak gol lebih daripada pasukan lawan. Permainan ini mempunyai sedikit persamaan dengan permainan bola keranjang seperti penggunaan tangan untuk membuat hantaran dan menjaringkan gol. Walaubagaimanapun, salah satu perbezaan di antara dua permainan ini ialah dalam permainan bola jaring, pemain tidak boleh berlari dengan membawa bola seperti dalam permainan bola keranjang. Secara umumnya permainan ini bukan sahaja memerlukan ketepatan dalam melakukan hantaran, malah pemain perlu tangkas, pantas dan pada masa yang sama mematuhi peraturan permainan. Dalam permainan ini, setiap posisi pemain mempunyai peranan tersendiri dan bermain di dalam kawasan-kawasan tertentu. Posisi-posisi tersebut ialah Center (C), Goal Attack (GA), Goal Defence (GD), Goal Shooter (GS), Wing Attack (WA), Wing Defence (WD) dan Goal Keeper (GK).

Item Type:Book Section
Uncontrolled Keywords:nadi, bola jaring
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:28038
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:03 Sep 2012 03:58
Last Modified:03 Sep 2012 03:58

Repository Staff Only: item control page