Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian pasaran ke atas keperluan kursus psikologi industri di Malaysia

Awang, Siti Rahmah and Mohd. Nain, Ahmad Shukri and Mad Shah, Ishak and Sarmani, Yatimah (2005) Kajian pasaran ke atas keperluan kursus psikologi industri di Malaysia. Project Report. Universiti Teknologi Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF
23MB

Official URL: http://opac.pnm.gov.my/lib/item?id=chamo:556192&th...

Abstract

Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM) bercadang untuk menawarkan satu kursus baru, Sarjana Muda Psikologi Industri. Bagi merealisasikan program ini, satu survei telah dijalankan bagi mengkaji permintaan pasaran kerja terkini bagi memastikan kurikulum dan program yang dirancang boleti dipasarkan. Kajian ini telah dijalankan dari Februari 2005 hingga Julai 2005 ke atas 73 organisasi dan pelabur yang berpengaruh di Malaysia. Kesemua organisasi ini telah dipilih melalui kaedah pensampelan bertujuan dan `snowball'. Satu set soalselidik yang mengandungi 86 item telah diedarkan bagi mendapatkan maklumat mengenai isu kajian dari organisasi yang terlibat. Soalselidik tersebut telah diedarkan secara persendirian dan melalui pos. Secara umumnya, rarnai daripada responden tahu akan kewujudan ahli psikologi industri (43.8%) tetapi rnereka tidal pasti apakali peranan sebenar seorang ahli psikologi industri dalam sebuah organisasi (53.4%). Walaupun seramai 61.6% responden percaya dengan adanya ahli psikologi dalam industri mereka boleh membantu meningkatkan produktiviti dan memperbaiki reputasi mereka tetapi 64.4% daripada responden masih belum bersedia untuk rnengarnbil graduan psikologi industri di syarikat mereka. Hasil dapatan kajian juga mencadangkan masa depan bidang psikologi industri. Menurut responden, bidang ini mempunyai masa depan yang cerah dalam masa lima tahun yang alcan datang. Perhatian perlu diberikan dalam peranan serta fungsi seorang ahli psikologi industri dalam organisasi dan bagaimana mereka boleh menyumbang kepada produktiviti, keefisienan, dan masalah di tempat kerja. Responden juga percaya kurangnya promosi dan pengiktirafan daripada pihak kerajaan, penggubal polisi, dan menara gading. Situasi ini boleh diperbaiki melalui iklan dan dari mulct Ice mulct. Walau bagaimanapun, rarnai responden berpendapat bahawa graduan dari bidang ini adalah setaraf dengan graduan dari bidang yang lain. Graduan keluluasan psikologi industri ini boleti ditempatkan di pelbagai jabatan seperti sumber manusia, kewangan, pengurusan, pernasaran, dan akademik. Sebagai kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa kursus Psikologi Industri diperlukan oleh pasaran semasa. Di samping itu, kursus ini dipercayai lebiii balk untuk pasaran sekiranya ianya merupakan program minor sama ada ditawarkan minor dengan bidang Pengurusan Teknologi(50.7%) ataupun Kaunseling(47.9%).

Item Type:Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords:pasaran; psikologi industri; kurikulum
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:2796
Deposited By: Norzubaidha Ismail
Deposited On:21 May 2007 07:00
Last Modified:12 Oct 2017 01:00

Repository Staff Only: item control page