Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesesuaian Kurikulum Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Pertanian Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Keperluan Pembelajaran Di Sekolah

Buntat, Yahya and Rajuddin, Mohd Rashid and Selamat, Kandar (2004) Kesesuaian Kurikulum Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Pertanian Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Keperluan Pembelajaran Di Sekolah. Project Report. Universiti Teknologi Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF (Full Text)
904Kb

Abstract

Kajian berbentuk tinjauan ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat kesesuaian Kurikulum Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Pertanian yang terdapat di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terhadap keperluan pembelajaran di sekolah. Data-data dikumpul menggunakan soal selidik. Seramai 32 orang guru kemahiran hidup lulusan Ijazah Pertama Universiti Teknologi Malaysia yang mengajar mata pelajaran kemahiran hidup pertanian di sekolah-sekolah menengah di lapan buah daerah di Negeri Johor terlibat dalam kajian ini. Data-data diproses menggunakan program SPSS for Window 11.0 dan dianalisis menggunakan frekuensi, dan peratusan .Hasil kajian menunjukkan kebanyakan responden bersetuju bahawa mata pelajaran kemahiran hidup pertanian yang dipelajarai di peringkat Ijazah pertama di Universiti Teknologi Malaysia telah dapat memenuhi keperluan pembelajaran di sekolah. Dari segi kekuatan dan kelemahan kandungan pelajaran, kajian ini mendapati kebanyakan kandungan pelajaran yang dielajari adalah sesuai, mencukupi dan memenuhi keperluan pembelajaran di sekolah. Dari aspek kemahiran-kemahiran pertanian baru pula, kajian ini mendapati lebih daripada 80% responden bersetuju guru-guru kemahiran hidup pertanian haruslah didedahkan dengan kemahiran-kemahiran pertanian baru.Responden juga bersetuju bahawa beberapa latihan baru yang bercorak amali perlu didedahkan kepada guru-guru kemahiran hidup pertanian untuk meningkatkan kemahiran-kemahiran baru sebagai persiapan menghadapi cabaran pembelajaran pendidikan yang lebih mencabar di masa depan. Dicadangkan juga agar kajian-kajian kesesuaian kurikulum terhadap keperluan pembelajaran di sekolah hendaklah dilaksanakan setiap lima tahun sekali.

Item Type:Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords:kemahiran hidup pertanian; kurikulum; sekolah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Management and Human Resource Development (Formerly known)
ID Code:2789
Deposited By: Norzubaidha Ismail
Deposited On:21 May 2007 07:05
Last Modified:01 Jun 2010 03:05

Repository Staff Only: item control page