Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tekanan dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar universiti

Nordin, Nor Akmar and Panatik, Siti Aisyah and Mahmud, Norashikin (2008) Tekanan dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar universiti. In: Faktor Psikologi Dalam Pengurusan Organisasi. Penerbit UTM, Johor, pp. 1-12. ISBN 978-983-52-0695-5

[img] PDF
71Kb

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FPPSM/bo...

Abstract

Fenomena stres di kalangan pelajar khususnya pelajar kolej dan universiti telah lama menjadi bahan kajian pengkaji Barat. Percubaan untuk mendokumenkan fenomena tersebut di kalangan pelajar tempatan juga pernah dibuat tetapi dalam bentuk kajian pelajar dan tidak banyak diterbitkan untuk pengetahuan ramai. Stres merupakan satu pengalaman yang dialami oleh individu yang menempuh kejadian atau peristiwa yang mendatangkan gangguan ke atas pemikiran dan aktiviti. Stres dialami dalam bentuk keresahan, kerisauan, atau gejala fisiologi yang ditunjukkan kesan daripada sesuatu peristiwa. Oleh yang demikian pendekatan yang digunakan untuk mengukur stres ialah dengan melihat kepada simptom atau petanda yang dialami oleh individu berkenaan. Antara petanda yang digunakan untuk mengukur stres ialah kesukaran untuk tidur, kerisauan mengenai masa hadapan, penggunaan dadah atau alkohol sebagai penenang, kurang tenaga atau merasa letih untuk melakukan aktiviti, keinginan untuk diterima dalam kumpulan dan kesukaran untuk menikmati kehidupan secara sederhana (METS stress questionaire).

Item Type:Book Section
Uncontrolled Keywords:pelajar, stres
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management and Human Resource Development (Formerly known)
ID Code:27760
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:06 Aug 2012 18:59
Last Modified:06 Aug 2012 18:59

Repository Staff Only: item control page