Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tanggapan kepentingan mata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan di sekolah menengah

Ibrahim, Halijah and Abu Bakar, Omar Nor (2008) Tanggapan kepentingan mata pelajaran pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan di sekolah menengah. In: Kajian Berkaitan Kecergasan Fizikal Dan Kemahiran Motor. Penerbit UTM, Johor, pp. 46-67. ISBN 978-983-52-0525-5

[img] PDF
71Kb

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookc...

Abstract

Pendidikan Jasmani merupakan matapelajaran yang bertujuan mendidik pelajar untuk bersukan, berekreasi, bersosial dan menjaga kesihatan. Selain dari itu, pelajar juga beroleh kemahiran untuk bertindak semasa kecemasan dan mengaplikasikan gaya hidup sihat. Sasaran Pendidikan Jasmani adalah untuk menggalakkan pelajar untuk mengekalkan gaya hidup sihat dengan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal yang aktif. Pendidikan Jasmani mempunyai banyak matlamat yang boleh menggalakkan para remaja melalui aktiviti fizikal, sosial, psikologikal dan perkembangan akhlak. Ini bertepatan dengan Matlamat Falsafah Pendidikan dalam membangunkan para pelajar dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sahsiah (JERIS). Terdapat banyak faedah yang boleh diperolehi dengan melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Jasmani yang dirancang seperti membina keyakinan, bersosialisasi, bekerjasama dan sebagainya. Matapelajaran ini telah dibentuk di dalam sistem pendidikan negara bagi melahirkan warganegara yang sihat dan cergas di samping menguasai kemahiran sukan dan penerapan aspek pertandingan apabila terpilih menyertai pasukan sukan.

Item Type:Book Section
Uncontrolled Keywords:fizikal, pendidikan jasmani, pendidikan kesihatan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:27752
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:04 Aug 2012 21:32
Last Modified:04 Aug 2012 21:32

Repository Staff Only: item control page