Ismail, Muhammad Hafiz and Ismail, Rahimi (2008) Tahap prestasi kecergasan fizikal berasaskan kesihatan atlet badminton Sukma. In: Kajian Berkaitan Kecergasan Fizikal Dan Kemahiran Motor. Penerbit UTM, Johor, pp. 148-165. ISBN 978-983-52-0525-5
|
PDF
71Kb |
Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookc...
Abstract
Permainan Badminton merupakan sukan utama serta merupakan satu permainan gelanggang yang menggunakan raket dan amat popular di Malaysia. Ia boleh dimainkan sama ada dua (permainan tunggal) atau empat orang (permainan beregu). Permainan badminton ini mirip dengan permainan tenis. Ia dimainkan dengan pemain di setiap belah dan cuba memukul bola yang dipanggil (bulu tangkis) melewati jaring agar jatuh di ruang lawan yang sudah ditentukan. Pemain juga harus mencuba menghalang lawannya dari melakukan hal tersebut kepadanya. Sepertimana yang kita ketahui, permainan badminton memerlukan seseorang pemain itu mempunyai tahap kecergasan serta ketangkasan yang tinggi kerana kelemahan pemain menguasai aspek ini boleh membawa kepada kekalahan kepada pasukan dan diri. Kecergasan fizikal merupakan aset yang paling penting untuk sebuah negara yang ingin mencapai kemajuan dan kemakmuran. Ini adalah kerana dengan adanya rakyat yang mengamalkan gaya hidup sihat, mereka lebih produktif dan lebih mempunyai keyakinan diri apabila menghadapi cabaran hidup. Kecergasan fizikal juga menjamin badan yang sihat dan bertenaga untuk melakukan kerja harian. Untuk mendapat kecergasan fizikal yang baik, seseorang tidak mempunyai pilihan lain melainkan melakukan aktiviti bersukan dan latihan fizikal.
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | badminton, atlit, Sukma |
| Subjects: | L Education > L Education (General) |
| Divisions: | Education |
| ID Code: | 27749 |
| Deposited By: | Fazli Masari |
| Deposited On: | 04 Aug 2012 21:25 |
| Last Modified: | 04 Aug 2012 21:25 |
Repository Staff Only: item control page

