Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap kemahiran generik pelajar kolej komuniti dari aspek komunikasi dan ICT

Nordin, Mohd. Safarin and Abd. Hamid, Mohd. Zolkifli and Md. Tahir, Kamaruddin (2008) Tahap kemahiran generik pelajar kolej komuniti dari aspek komunikasi dan ICT. In: ICT Dalam Pendidikan teknik dan Vokasional. Penerbit UTM, Johor, pp. 13-30. ISBN 978-983-52-0513-2

[img] PDF
74Kb

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookc...

Abstract

Kepentingan pembangunan sumber manusia dalam pembangunan sesebuah negara telah lama diakui. Beberapa buah negara rantau ini mampu mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi melalui pembangunan sumber manusia yang teliti walaupun mempunyai modal fizikal yang sangat sedikit. Sebaliknya terdapat beberapa buah negara yang kaya dengan modal fizikal tetapi gagal mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi kerana kelemahan pembangunan sumber manusianya (Rahmah, 1997). Pembangunan sumber manusia dapat memberikan sumbangan yang berkesan jika ia digunakan dengan betul dan berhemah. Apabila pekerja mula memegang jawatan dan tanggungjawab baru, mereka dilatih bagi mencapai matlamat pertumbuhan organisasi. Kemudiannya apabila persekitaran, teknologi dan pasaran berubah, pengtahuan dan kemahiran pekerja juga harus berubah selaras dengan perubahan tersebut. Oleh itu pembangunan sumber manusia adalah berfungsi sebagai pembina aset yang menyelesaikan masalah secara kreatif untuk memastikan kejayaan tenaga seseorang pekerja yang berkebolehan dan berminat (Kamal dan Mei, 1996).

Item Type:Book Section
Uncontrolled Keywords:kemahiran generik, pembangunan sumber manusia
Subjects:L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions:Education
ID Code:27746
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:02 Aug 2012 00:36
Last Modified:02 Aug 2012 00:36

Repository Staff Only: item control page