Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap kebimbangan guru pelatih sebelum menjalani latihan praktik.

Abdul Rahman, Hamidah and Rajab, Azizah and Abd. Samat, Norhanim and Shaari, Roziana (2008) Tahap kebimbangan guru pelatih sebelum menjalani latihan praktik. In: Faktor Psikologi dalam Pengurusan Organisasi. Penerbit UTM, Johor, pp. 136-147. ISBN 978-983-52-0695-5

[img] PDF
75Kb

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FPPSM/bo...

Abstract

Kini ramai orang melihat pelajaran sebagai pendekatan yang penting untuk pembangunan negara. Persediaan guru baru dan pembangunan keprofesionalan yang sedang dijalankan terhadap guru yang sedang berkhidmat dilihat sebagai kunci kepada peningkatan pendidikan (Cobb, Darling-Hammond & Murangi, 1995). Pada masa sama, permintaan terhadap guru yang berkualiti adalah tinggi di seluruh dunia dan ianya adalah matlamat bagi setiap program pendidikan guru untuk melahirkan guru yang berkualiti. Cobb et. al (1995), menjelaskan guru yang berkualiti mempunyai sifat-sifat antara lain seperti berpengetahuan sebagai ahli pendidikan dalam bidang berkaitan termasuk ilmu, kemahiran dan sikap-sikap yang diperlukan untuk pengajaran berkesan, pemahaman yang tinggi terhadap pertumbuhan manusia dan pembesaran kanak-kanak, kemahiran komunikasi yang berkesan, mempunyai etika kerja yang baik dan bersedia untuk menerima perkara-perkara semasa yang baru. Bagi setiap institusi pengajaran tinggi termasuk Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, menyediakan guru-guru untuk mengajar di dalam sistem sekolah yang sedia ada merupakan satu cabaran yang sangat mencabar.

Item Type:Book Section
Uncontrolled Keywords:guru pelatih, pendidikan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Management and Human Resource Development (Formerly known)
ID Code:27744
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:02 Aug 2012 00:35
Last Modified:02 Aug 2012 00:35

Repository Staff Only: item control page