Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian sikap golongan berpotensi terhadap penyertaan dalam proses pilihanraya: satu kajian kes di Negeri Johor

Idrus, Durrishah and Ab. Rahman, Hamidah and Mahmood, Husain and Mad Shah, Ishak and Mahmud, Norashikin (2004) Kajian sikap golongan berpotensi terhadap penyertaan dalam proses pilihanraya: satu kajian kes di Negeri Johor. Project Report. Faculty of Management and Human Resource Development, Skudai, Johor. (Unpublished)

[img] PDF
160kB

Official URL: http://www.academia.edu/571375/Kajian_Sikap_Golong...

Abstract

Projek penyelidikan ini bertujuan mengkaji sebab-sebab golongan berpotensi tidak mendaftar sebagai pengundi pilihan raya. Seramai 209 orang responden yang terdiri daripada warganegara yang berumur 22 tahun hingga 40 tahun di Johor telah terlibat dalam kajian ini. Jawapan soal selidik telah dianalisis menggunakan SPSS. Hasil kajian menunjukkan bahawa tiada profil khusus di kalangan responden yang tidak mendaftar.Mereka terdiri daripada lelaki dan perempuan, pelbagai peringkat umur, pelbagai tahap pendidikan, semua bangsa, agama, dan sama ada tinggal di bandar atau luar bandar.Selain daripada itu, faktor-faktor peribadi, sistem pendaftaran, infrastruktur, dan maklumat telah menyumbang kepada sebab-sebab responden tidak mendaftar. Namun demikian, kajian ini juga mendapati bahawa tahap pengetahuan responden adalah tinggi mengenai kelayakan sebagai pengundi, hak mendaftar, dan tanggungjawab mengundi sebagai warga negara. Selanjutnya, penemuan lain ialah responden mencadangkan lima tempat terbaik pendaftaran iaitu balai raya, kaunter bergerak, pejabat pos, balai penghulu,dan pejabat SPR. Majoriti responden bersetuju bahawa mereka akan mendaftar sebagai pemilih kelak.

Item Type:Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords:pengundi; pilihanraya; pemilih
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:2764
Deposited By: Norzubaidha Ismail
Deposited On:21 May 2007 07:16
Last Modified:11 Oct 2017 04:38

Repository Staff Only: item control page