Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Strategi perundangan untuk mengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja

Ashari, Hapriza and Mohd. Nor, Roshazlizawati (2004) Strategi perundangan untuk mengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Project Report. Universiti Teknologi Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF (Full Text)
426kB

Official URL: http://www.academia.edu/766794/Strategi_Perundanga...

Abstract

Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 yang dikuatkuasakansejak tahun 1994 memfokus ke arah pembentukan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ia menyediakan rangka perundangan untuk memupuk, merangsang dan menggalakkan mutu keselamatan dan kesihatan yang tinggi di tempat kerja dengan meletakkan tanggungjawab memelihara keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada pihak-pihak tertentu. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan untuk menganalisis peruntukan-peruntukan utama AKKP 1994 berkaitan pengurusan keselamatan di tempat kerja serta mengkaji perundangan kecil,polisi kerajaan dan tataamalan industri untuk mengenal pasti kewajipan am semua pihak bagi memelihara keselamatan dan kesihatan semasa bekerja. Kajian memfokus kepada peruntukan AKKP 1994 sebagai akta induk serta perundangan subsidiari yang digubal di bawah akta induk. Tumpuan kajian adalah terhadap tanggungjawab majikan dan pekerja dalam mengurus keselamatan di tempat kerja.Aspek-aspek yang dikaji antaranya termasuklah kewajipan majikan, kewajipan pekerja, jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan, dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan, penguatkuasaan dan liabiliti serta prinsip pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kaedah content analysis digunakan dengan membuat penelitian terhadap peruntukan undang-undang dan kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah. Selain itu, temubual diadakan dengan Department of Occupational Safety and Health (DOSH) dan National Institute of Safety and Health(NIOSH) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang peranan kerajaan, majikan dan pekerja dalam menguruskan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kajian ini mendapati kerajaan begitu komited dalam menyediakan persekitaran kerja selamat dan sihat dengan menggubal undang-undang, peraturan dan tataamalan dan mewujudkan satu sistem penguatkuasaan yang berasaskan gabungan peruntukan AKKP 1994. Perundangan yang digubal telah memperkenalkan satu strategi berasaskan konsep pengaturan kendiri yang meletakkan tanggungjawab memastikan keselamatan dam kesihatan di tempat kerja di atas bahu mereka yang mewujudkan risiko dan mereka yang bekerja dengan risiko tersebut. Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa AKKP 1994 telah berjaya menyediakan strategi yang komprehensif untuk mengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Item Type:Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords:keselamatan dan kesihatan; pekerjaan; perundangan
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
K Law > K Law (General)
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:2761
Deposited By: Norzubaidha Ismail
Deposited On:21 May 2007 07:22
Last Modified:11 Oct 2017 04:42

Repository Staff Only: item control page