Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian persepsi staf wanita terhadap kemudahan dan perkembangan kerjaya Di Universiti Teknologi Malaysia

Ab. Rahman, Hamidah and Bakri, Norhani and Mohd. Balwi, Mohd. Koharudin and Abd. Rahman, Siti Aisyah (2004) Kajian persepsi staf wanita terhadap kemudahan dan perkembangan kerjaya Di Universiti Teknologi Malaysia. Project Report. Universiti Teknologi Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF (Full Text)
263kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi staf wanita UTM Skudai terhadap kemudahan fizikal, spiritual serta perkembangan kerjaya mereka selama perkhidmatan mereka di UTM Skudai. Seramai 380 orang daripada 1495 orang staf wanita akademik dan bukan akademik yang bertugas di semua unit dan fakulti telah dipilih sebagai responden melalui kaedah persampelan rawak mudah. Data yang terkumpul diproses menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences(SPSS) dengan menggunakan peratusan dan kekerapan. Hasil kajian menunjukkan kemudahan-kemudahan yang disediakan dalam tandas, bilik solat serta kemudahan sukan sememangnya disediakan tetapi masih terdapat kekurangan dari segi kemudahan yang sesuai dan selesa. Hasil kajian juga turut membuktikan bahawa tiada bilik sakit dan bilik rehat disediakan oleh UTM di semua unit atau fakulti. Bagi aspek kemudahan spiritual untuk staf wanita pula, didapati hampir keseluruhan staf wanita bersetuju bahawa semua aktiviti keagamaan, perawat Darul Syifa’ perlu di kendalikan oleh ustazah. Di samping itu, UTM juga perlu melantik kaunselor wanita untuk mengendalikan masalah staf wanita kerana mereka lebih selesa berunding dengan kaunselor yang sama jantina. Bagi perkembangan kerjaya pula, staf wanita didapati kurang diberi peluang untuk kenaikkan pangkat dan kurang diberi kepercayaan bagi memegang jawatan tertinggi pentadbiran di jabatan atau fakulti masing-masing.

Item Type:Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords:staf wanita; kemudahan; kerjaya
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:2758
Deposited By: Norzubaidha Ismail
Deposited On:21 May 2007 07:25
Last Modified:11 Oct 2017 04:40

Repository Staff Only: item control page