Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan kewujudan hypermarket ke atas peniaga Melayu di Johor

Md. Ali, Azlah and Abu Bakar, Thuaibah @ Suaibah and Md. Som, Hishamuddin and Muktar, Syaharizatul Noorizwan (2004) Kesan kewujudan hypermarket ke atas peniaga Melayu di Johor. Project Report. Universiti Teknologi Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF (Full Text)
1MB

Abstract

Industri peruncitan di Malaysia merupakan salah satu industri yang sedang pesat berkembang. Kewujudan pasar raya besar semakin mendapat tempat di hati para pengguna. Sejak akhir-akhir ini penubuhan pasar raya besar atau hypermarket boleh diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Sambutan yang begitu menggalakkan daripada pelanggan tempatan, mendorong lebih ramai pelabur asing untuk membina lebih banyak pasar raya besar di negara ini. Oleh yang demikian, persaingan dalam industri peruncitan juga akan meningkat. Ini secara tidak langsung memberi kesan terhadap golongan peruncit tempatan khususnya peruncit Melayu. Lantaran itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kesankesan kewujudan pasar raya besar terhadap golongan peruncit Melayu di Negeri Johor. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti persepsi responden terhadap dasar kerajaan, kewujudan pasar raya besar dan corak perniagaan masa kini. Soal selidik telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan data dan diedarkan kepada 150 orang responden yang terdiri daripada peruncit Melayu di sekitar Johor Bahru. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS) 10.0. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan pembukaan hypermarket memberi kesan yang sederhana terhadap perniagaan responden. Ini menunjukkan kebanyakan responden merasakan kedudukan perniagaan mereka dari segi ekonomi tidak begitu tergugat dengan kewujudan hypermarket. Begitu juga dari segi kesan psikologi dan kemahiran, ternyata kewujudan hypermarket memang mempengaruhi mental, fizikal dan sikap peniaga. Majoriti responden bersetuju bahawa hypermarket mempunyai sistem pengurusan yang sistematik dan lebih baik dan ini merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan hypermarket dalam menguasai industri peruncitan tempatan. Majoriti responden juga amat bersetuju bahawa peniaga Melayu mampu bersaing dengan peniaga bukan Melayu dalam dunia perniagaan masa kini sekiranya mereka diberi peluang yang saksama oleh kerajaan. Kesimpulannya, kewujudan hypermarket memberikan kesan pada tahap yang sederhana terhadap peruncit Melayu dari segi ekonomi, psikologi dan kemahiran.

Item Type:Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords:peruncit melayu; kekuatan; kelemahan
Subjects:H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:2750
Deposited By: Norzubaidha Ismail
Deposited On:21 May 2007 07:30
Last Modified:11 Oct 2017 03:23

Repository Staff Only: item control page