Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian ke atas kaedah pengamalan pendedahan pelaporan penyata aliran tunai di Malaysia

Ali Khan , Mohd. Noor Azli and Abdul Rahim, Kamaruzzaman (2004) Kajian ke atas kaedah pengamalan pendedahan pelaporan penyata aliran tunai di Malaysia. Project Report. Universiti Teknologi Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF (Full Text)
15MB

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian lanjutan bagi membincangkan tentang amalan pendedahan pelaporan penyata aliran tunai dalam laporan tahunan kewangan syarikat-syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Teknik persampelan secara rawak digunakan di dalam kajian ini. Sebanayk 181 buah syarikat telah dipilih daripada 598 buah syarikat yang tersenarai di Papan Utama BSKL sehingga 31 Disember 2003 yang terdiri daripada pelbagai industri. Laporan tahunan sampel syarikat ini telah disemak dan digunakan untuk menganalisis praktis yang diamalkan oleh syarikat yang tersenarai di BSKL. Aspek yang dikaji dalam kajian ini adalah untuk mengenalpasti kaedah yang biasa digunakan dalam melaporkan aliran tunai daripada aktiviti kendalian dan amalan pengelasan bagi butiran faedah, dividen dan cukai pendapatan di dalam penyata kewangan. Hasil kajian mendapati bahawa pendedahan dengan menggunakan kaedah tidak langsung adalah kerap digunakan oleh syarikat yang tersenarai di Papan Utama BSKL. Seterusnya melalui ujian statistik yang dilakukan didapati bahawa tiada wujud hubungan di antara kaedah pelaporan aliran tunai daripada aktiviti kendalian dengan jenis industri, saiz syarikat dan firma audit.

Item Type:Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords:aliran tunai; syarikat; kewangan
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:2748
Deposited By: Norzubaidha Ismail
Deposited On:21 May 2007 07:01
Last Modified:11 Oct 2017 03:22

Repository Staff Only: item control page