Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengaruh pelajar lembut terhadap perkembangan sahsiah pelajar dan imej UTM menuju ke arah "World Class University"

Zaini, Fadilah and Ab. Rahman, Hamidah and Md. Shah, Ishak and Abd. Kadir, Hamdan (2004) Pengaruh pelajar lembut terhadap perkembangan sahsiah pelajar dan imej UTM menuju ke arah "World Class University". Project Report. Universiti Teknologi Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF (Full Text)
447kB

Abstract

Kajian kes di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti sahsiah pelajar lelaki lembut dari aspek personaliti, gaya hidup dan self-esteem. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat persepsi pelajar-pelajar bukan lembut dan staf UTM terhadap kewujudan pelajar lelaki lembut di kampus. Untuk tujuan itu satu tinjauan menggunakan soal selidik telah dijalankan ke atas 125 orang pelajar lelaki lembut, 500 orang pelajar bukan lembut dan 460 orang staf di UTM. Set soal selidik untuk pelajar lelaki lembut mengandungi maklumat berkaitan dengan demografi, personaliti, gaya hidup dan self-esteem. Kaedah analisis statistik deskriptif menggunakan perisian SPSS Version 10.0 digunakan bagi menghurai data yang diperolehi. Dapatan kajian menunjukkan pelajar lelaki lembut memiliki personaliti jenis ESFJ (Pemberi pelindungan) dan ESFP (Pelaksana). Dapatan juga menunjukkan tahap gaya hidup pelajar lelaki lembut adalah tinggi. Ini bermakna golongan pelajar ini mengamalkan gaya hidup seperti wanita dalam kehidupan mereka. Bagaimanapun, keseluruhan pelajar lelaki lembut didapati mempunyai tahap self-esteem yang tinggi.Kehadiran pelajar lelaki lembut di UTM dipandang negatif oleh pelajar bukan lembut dan staf UTM kerana golongan pelajar ini boleh mempengaruhi pelajar lain dan imej universiti. Namun begitu, pelajar-pelajar dan staf berpandangan positif bahawa masalah ini masih boleh dibendung daripada terus berleluasa di kampus UTM, Skudai.

Item Type:Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords:pelajar lembut; sahsiah; UTM
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:2736
Deposited By: Norzubaidha Ismail
Deposited On:10 Oct 2017 04:23
Last Modified:10 Oct 2017 04:23

Repository Staff Only: item control page