Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembelajaran arahan kendiri dan hubungannya dengan kefahaman terhadap e-pembelajaran: satu kajian di kalangan staf akademik Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Abd. Hamid, Mohd. Azhar and Mat Junoh, Adanan and Md. Shah, Ishak and Mohd. Balwi, Mohd. Koharuddin (2004) Pembelajaran arahan kendiri dan hubungannya dengan kefahaman terhadap e-pembelajaran: satu kajian di kalangan staf akademik Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Project Report. Universiti Teknologi Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF (Full Text)
449kB

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang dijalankan terhadap staf akademik Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Tujuan utama kajian adalah untuk mengenalpasti tahap kefahaman staf akademik terhadap e-pembelajaran yang dilaksanakan di UTM dan persepsi mereka terhadap kesediaan pembelajaran arahan kendiri. Seterusnya, ia bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara tahap kefahaman terhadap e-pembelajaran dan kesediaan pembelajaran arahan kendiri staf akademik tersebut, menentukan perbezaan kesediaan pembelajaran arahan kendiri daripada aspek demografi dan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi staf akademik dalam melaksanakan e-pembelajaran. Sejumlah 216 orang staf akademik telah dijadikan responden kajian dan data diperolehi melalui borang soal selidik yang diedarkan. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Hasil kajian ini mendapati bahawa tahap kefahaman responden berkaitan konsep dan tanggungjawab terhadap e-pembelajaran berada pada tahap yang tinggi manakala tahap kefahaman responden terhadap penggunaan laman web, WebCT secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Dari segi kesediaan pembelajaran arahan kendiri pula, sebahagian besar responden menyatakan bahawa item-item yang disenaraikan sebagai kebiasaannya benar tentang diri mereka dan hampir benar tentang diri mereka. Hasil ujian korelasi menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan yang siginifikan, tetapi korelasi yang lemah antara tahap kefahaman terhadap e-pembelajaran dan kesediaan pembelajaran arahan kendiri (rs =0.259) pada aras signifikan Alpha = 0.05. Hasil kajian juga menunjukkan hanya tiga aspek demografi responden iaitu taraf pendidikan, taraf jawatan dan tempoh perkhidmatan yang menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan terhadap kesediaan pembelajaran arahan kendiri. Secara keseluruhannya, majoriti responden bersetuju bahawa kesemua faktor yang disenaraikan oleh pengkaji mempengaruhi perlaksanaan e-pembelajaran kecuali faktor sokongan daripada para pelajar dan sering mengikuti kursus dan latihan mengenai ICT.

Item Type:Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords:e-pembelajaran; pembelajaran arahan kendiri; staf akademik
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:2719
Deposited By: Norzubaidha Ismail
Deposited On:21 May 2007 07:32
Last Modified:11 Oct 2017 01:38

Repository Staff Only: item control page