Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap kepentingan elemen pengurusan penyenggaraan di sektor awam

Ismail, Saiful Muzaimir (2010) Tahap kepentingan elemen pengurusan penyenggaraan di sektor awam. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Geoinformation Science and Engineering.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Masalah kelemahan penyenggaraan aset dan fasiliti di sektor awam masih lagi berlaku. Ia antara lain adalah berpunca daripada tahap kefahaman kepentingan pengurusan penyenggaraan yang masih rendah dan dilaksanakan secara mengikut keadaan (jika ada peruntukan) dan reaktif. Oleh itu, objektif bagi kajian ini ialah (1) Mengenalpasti elemen-elemen penting pengurusan penyenggaraan dan (2) Menentukan tahap kepentingan setiap elemen pengurusan penyenggaraan di sektor awam yang telah dikenalpasti. Daripada kajian literatur, penulis telah mengenalpasti senarai elemen-elemen dalam amalan terbaik pengurusan penyenggaraan. Melalui kaedah persampelan secara rawak, data-data diambil dikalangan pengurus dan kakitangan yang pernah terlibat dalam penyenggaraan asset dan fasiliti di agensiagensi awam di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai responden melalui borang soal selidik. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan teknik statistik deskriptif iaitu frekuensi, peratus dan skor min bagi mendapatkan Indek Kepentingan setiap elemen yang telah dikenalpasti. Analisis Kruskal-Wallis turut digunakan untuk mengetahui pandangan oleh latar belakang respoden yang berbagaibagai samada mempunyai perbezaan yang signifikan secara statistik atau tidak. Hasil kajian ini telah merumuskan bahawa elemen “data-data sejarah peralatan” adalah sangat penting dan sementara elemen-elemen lain adalah penting dalam pengurusan penyenggaraan di sektor awam. Selain itu, beberapa sub-elemen harus diberi perhatian serius dan sangat penting dalam pengurusan penyenggaraan iaitu penyenggaraan pencegahan terancang dan penyiapan mengikut jadual; merekodkan segala aktiviti-aktiviti penyenggaraan; mempunyai maklumat rujukan teknikal setiap aset dan fasiliti dimiliki seperti manual operasi, lukisan-lukisan kejuruteraan dan kod katalog alatganti; memiliki perkakasan dan peralatan kerja yang sesuai; penakrifan skop, peranan dan tanggungjawab yang jelas diantara bahagian dan setiap kakitangan; dan mempunyai objektif dan matlamat penyenggaraan sehaluan dengan organisasi. Berdasar latar belakang responden, turut didapati bahawa peratusan yang kecil (1.4% – 18.8%) mempunyai perbezaan pandangan secara signifikan didalam menentukan tahap kepentingan elemen-elemen dimana mereka lebih cenderung untuk memilih sangat penting.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana (Pengurusan Aset dan Fasiliti)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2011; Supervisors : Dr. Maimunah Sapri, Prof. Madya Sr. Maizan Baba
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions:Geoinformation Science And Engineering
ID Code:27022
Deposited By: Kamariah Mohamed Jong
Deposited On:30 Jul 2012 04:22
Last Modified:03 Jul 2017 06:51

Repository Staff Only: item control page