Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Gangguan seksual di tempat kerja: kajian ke atas mangsa dan pelaku di sekitar Johor Bahru, Johor.

Md. Shah, Ishak and Ab. Rahman, Hamidah and Ashari, Hapriza and Mohd. Khalid, Aminah (2004) Gangguan seksual di tempat kerja: kajian ke atas mangsa dan pelaku di sekitar Johor Bahru, Johor. Project Report. Faculty of Management and Human Resource Development, Skudai, Johor. (Unpublished)

[img] PDF (Full Text)
234kB

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk melihat perbezaan personaliti pelaku dan mangsa gangguan seksual dan bentuk-bentuk gangguan seksual yang dilakukan oleh pelaku dan yang dialami oleh mangsa. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat tahap kefahaman pelaku dan mangsa terhadap terma gangguan seksual. Seramai 48 orang pelaku dan 50 orang mangsa gangguan seksual dipilih secara rawak menggunakan kaedah sosiometrik di sekitar Johor Bahru sebagai subjek kajian. Iventori Personaliti Sidek dan Soalselidik Gangguan Seksual Utara (SGSU) digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan data. Data mengenai kefahaman subjek kajian tentang terma gangguan seksual diperolehi dari soalselidik yang dibangunkan oleh pengkaji sendiri berdasarkan definisi yang dikemukakan oleh pengkaji lepas. Kesemua data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Keputusan kajian menunjukkan faktor demografi boleh dijadikan sebagai petunjuk kepada siapa mangsa dan pelaku gangguan seksual. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa kefahaman subjek kajian terhadap terma ini adalah terbatas. Selain itu, keputusan kajian juga menunjukkan bahawa pelaku dan mangsa mempunyai personaliti yang berbeza. Di samping itu, pelaku dan mangsa ini melakukan atau mengalami bentuk gangguan seksual yang berbeza-beza.

Item Type:Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords:gangguan seksual; mangsa; pelaku
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:2702
Deposited By: Norzubaidha Ismail
Deposited On:21 May 2007 07:36
Last Modified:11 Oct 2017 01:45

Repository Staff Only: item control page