Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian terhadap proses membuat keputusan dalam tingkah laku membeli di kalangan pengguna: kajian kes di Johor Bahru.

Panatik, Siti Aisyah and Mad Shah, Ishak and Rajab, Azizah (2004) Kajian terhadap proses membuat keputusan dalam tingkah laku membeli di kalangan pengguna: kajian kes di Johor Bahru. Project Report. Universiti Teknologi Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF (Full Text)
197kB

Official URL: http://www.academia.edu/2658361/Kajian_Terhadap_Pr...

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi proses membuat keputusan di kalangan pengguna dalam membeli sesuatu barangan di tiga buah pasaraya besar di Johor Bahru iaitu Pasaraya Giant di Tampoi dan Plentong serta Pasaraya Carrefour. Seramai 480 orang pengguna lelaki dan perempuan telah dipilih sebagai responden kajian yang terdiri daripada Melayu,Cina dan India. Kaedah persampelan rawak mudah telah digunakan untuk pemilihan sampel kajian. Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi proses membuat keputusan dalam pembelian barangan di kalangan pengguna. Di samping itu, kajian ini turut melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi proses membuat keputusan pembelian barangan di kalangan pengguna berdasarkan jantina, etnik, umur,taraf perkahwinan, taraf pekerjaan dan tahap pendidikan. Pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik sebagai instrumen utama bagi mendapatkan data dalam kajian ini. Data yang diperolehi seterusnya dianalisis dengan menggunakan kekerapan, peratusan, analisis min, Mann Whitney dan Kruskal-Wallis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor perfectionictic (High Quality Conscious) merupakan faktor utama mempengaruhi keputusan pengguna semasa membeli sesuatu barangan. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan proses membuat keputusan dalam tingkah laku membeli di antara lelaki dan perempuan. Manakala terdapat perbezaan yang signifikan proses membuat keputusan dalam tingkah laku membeli berdasar etnik, status perkahwinan, umur, tahap pendidikan dan taraf pekerjaan di kalangan responden.

Item Type:Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords:keputusan; pengguna; membeli
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:2691
Deposited By: Norzubaidha Ismail
Deposited On:21 May 2007 07:37
Last Modified:11 Oct 2017 01:04

Repository Staff Only: item control page