Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tinjauan tahap kebimbangan di kalangan guru pelatih TESL di Universiti Teknologi Malaysia: pengalaman pre dan post

Rajab , Azizah and Abdul Samat, Norhanim and Wan Zakaria, Wan Zarina (2006) Tinjauan tahap kebimbangan di kalangan guru pelatih TESL di Universiti Teknologi Malaysia: pengalaman pre dan post. Project Report. Universiti Teknologi Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF (Full Text)
431kB

Official URL: https://www.researchgate.net/publication/242315618...

Abstract

Kajian dilakukan terhadap 56 guru pelatih Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan TESL,di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti tahap kebimbangan dan faktor-faktor yang berkaitan dengan kebimbangan guru pelatih TESL sebelum menjalani latihan praktik di sekolah di sekitar Johor. Kajian ini juga dijalankan bertujuan untuk melihat samada terdapat perubahan pada tahap kebimbangan guru pelatih TESL setelah diberi pendedahan mengikut jangka masa yang diberi. Faktor-faktor kebimbangan yang diberi penekanan merangkumi faktor pengurusan kelas, persediaan mengajar, kemahiran mengajar, kemahiran bahasa, persekitaran sekolah/staf dan konsep kendiri guru pelatih ketika menjalani latihan praktik. Maklumat kajian diperolehi melalui soal selidik “Student-Teacher Anxiety Scale” yang telah diadaptasi daripada Hart (1987) yang mengandungi 50 item untuk memenuhi matlamat dan objektif kajian. Intrumen kajian ini menggunakan skala lima mata berdasarkan kepada skala terendah “Sangat setuju” kepada skala tertinggi “Sangat tidak setuju”. Data dianalisis dengan menggunakan perisisan SPSS versi 10.0 Windows dan melibatkan penggunaan peratusan, statistic deskriptif yang melibatkan penghitungan min dan kekerapan, analisis ujian-t dan analisis korelasi. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap kebimbangan guru pelatih TESL mengikut faktor-faktor pengurusan kelas,persediaan mengajar, kepakaran mengajar, kepakaran bahasa, persekitaran sekolah/staf dan konsep kendiri berada pada tahap tinggi dan sederhana tinggi. Keputusan kajian menunjukkan guru pelatih TESL tetap menghadapi kebimbangan pada tahap tinggi walaupun setelah diberi pendedahan sewajarnya sebelum atau selepas latihan praktik mereka.

Item Type:Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords:TESL; Kebimbangan; Praktik
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Language Academy
ID Code:2664
Deposited By: Norzubaidha Ismail
Deposited On:21 May 2007 07:49
Last Modified:10 Oct 2017 04:16

Repository Staff Only: item control page