Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Stres kerja di kalangan guru sekolah menengah teknik

Yahaya, Azizi and Hashim, Shahrin (2008) Stres kerja di kalangan guru sekolah menengah teknik. In: Isu-Isu Dalam Psikologi Pendidikan Sekolah. Penerbit UTM , Johor, pp. 150-171. ISBN 978-983-52-0518-7

[img] PDF
76Kb

Abstract

Pada tahun 2001, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Antara matlamat utama rancangan ini adalah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan; meningkatkan kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar; meningkatkan budaya ilmu; membudayakan sains dan teknologi; membudayakan pembelajaran sepanjang hayat; menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia; menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serta meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa (Pembangunan Pendidikan 2001-2010, 2001). Dalam merealisasikan matlamat yang disarankan ini, negara telah menaruh harapan yang tinggi terhadap golongan guru di negara ini. Mereka dilihat sebagai pencorak, arkitek dan penyelamat masa depan anak bangsa yang akan memikul tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa kita. Namun, kita harus sedar bahawa tugas mendidik bukanlah satu kerja yang mudah seperti tanggapan orang ramai. Claxton (1989) turut menyatakan bahawa mengajar merupakan satu pekerjaan yang sentiasa menuntut dan berubah. Dalam konteks ini, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah mengatakan bahawa tugas guru bukan sekadar mendidik pelajar supaya cemerlang dalam peperiksaan tetapi berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang ilmu (Utusan Malaysia, 7 Ogos 2005).

Item Type:Book Section
Uncontrolled Keywords:stres, guru
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:26510
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:30 Jul 2012 04:12
Last Modified:30 Jul 2012 04:12

Repository Staff Only: item control page