Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sistem pembelajaran rangkaian komputer dalam persekitaran autentik berasaskan aplikasi visual

Atan, Noor Azean and Tasir, Zaidatun (2008) Sistem pembelajaran rangkaian komputer dalam persekitaran autentik berasaskan aplikasi visual. In: Inovasi Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Komputer. Penerbit UTM, Johor, pp. 123-144. ISBN 978-983-52-0514-9

[img] PDF
75Kb

Abstract

Semenjak lima puluh tahun yang lalu hingga kini, ramai dikalangan guru sekolah dan pengajar di institusi pengajian tinggi menggunakan komputer dalam pembelajaran dan pengajaran mereka. Sepanjang jangkamasa tersebut juga, penggunaan dan infusi pembelajaran berasaskan komputer ke dalam pengajaran dan pembelajaran telah mengorak langkah berkembang merubah strategi pengajaran di dalam dunia pendidikan, sekaligus merubah kaedah pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Perubahan ini merubah persepsi dan matlamat pendidikan kita yang bertumpu kepada pelajar hanya menerima dan menyimpan maklumat kepada pembelajaran yang lebih terbuka dan dinamik. Keupayaan untuk menghafal, mengingat dan menyatakan kembali konsep sesuatu pembelajaran tidak mampu menggambarkan pemahaman seseorang serta tidak menjanjikan pelajar itu dapat mengaplikasikan dan menggunakan konsep tersebut dalam keadaan yang lebih bermakna sepertimana pada kehidupan sebenar (2003). Brown et al. (1989) pula menyatakan bahawa pengalaman yang dibekalkan pada pembelajaran di sekolah mahupun pada institusi pengajian tinggi adalah berlainan dengan pengalaman yang diperolehi pada dunia sebenar dan pelajar juga sebenarnya sukar memindahkan pengetahuan dan kemahiran mereka pada dua keadaan yang berbeza ini.

Item Type:Book Section
Uncontrolled Keywords:autentik, visual
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:26481
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:18 Jul 2012 06:56
Last Modified:30 Jul 2012 04:09

Repository Staff Only: item control page