Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sistem pembelajaran matematik berasaskan kecerdasan pelbagai (MIMCO)

Tasir, Zaidatun and Sharifuddin, Rio Sumarni (2008) Sistem pembelajaran matematik berasaskan kecerdasan pelbagai (MIMCO). In: Inovasi Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Komputer. Penerbit UTM , Johor, pp. 51-70. ISBN 978-983-52-0514-9

[img] PDF
68Kb

Abstract

Sepertimana yang diketahui, sistem pendidikan di Malaysia adalah lebih kepada perlaksanaan proses P&P yang melibatkan seorang guru dan sekumpulan pelajar di dalam bilik darjah. Seperti biasa, seorang guru akan mengajar sesuatu mata pelajaran mengikut gaya dan kaedah pengajaran yang tertentu kepada sekumpulan pelajar yang mempunyai gaya dan gaya pembelajaran yang berbeza di antara satu sama lain. Sekiranya gaya pengajaran guru adalah seiring dengan gaya pembelajaran pelajar, maka tahap pemahaman pelajar adalah lebih tinggi ke atas tajuk yang diajar (Gilbert dan Han, 1999). Sekiranya sebaliknya berlaku, maka pelajar akan mengalami masalah untuk memahami tajuk yang diajar. Perbezaan gaya pembelajaran yang wujud dalam diri individu telah diperjelaskan oleh teori gaya pembelajaran yang mengatakan setiap individu mempunyai pendekatan yang berbeza dalam belajar (Gilbert dan Han, 1999). Menurut Dunn dan Dunn (1987) pula, gaya pembelajaran merupakan satu pendekatan pembelajaran dan banyak mana seseorang individu itu belajar adalah bergantung kepada sama ada kaedah pengajaran yang diberikan mempunyai perkaitan dengan gaya pembelajarannya.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:26479
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:18 Jul 2012 06:56
Last Modified:19 Jul 2012 04:15

Repository Staff Only: item control page