Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sistem pembelajaran konsep nombor berasaskan strategi permainan

Mohd. Razali, Nurul Amirah and Tasir, Zaidatun (2008) Sistem pembelajaran konsep nombor berasaskan strategi permainan. In: Inovasi Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Komputer. Penerbit UTM , Johor, pp. 1-16. ISBN 978-983-52-0514-9

[img] PDF
76Kb

Abstract

Jean Piaget (1952) menyatakan bahawa aktiviti dan permainan yang menarik, mampu memberi pemahaman Matematik yang lebih berkesan kepada kanak-kanak normal. Sebagai contoh, pembelajaran berkaitan nombor biasanya terjadi melalui pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman (Rosazizi & Nani, 2004). Menurut Nani dan Rohani (2004) dalam Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah, urutan perkembangan pembelajaran Matematik melalui tiga tahap iaitu tahap konkrit, gambar dan seterusnya tahap simbol. Ini selaras dengan Teori Perkembangan Kognitif Bruner yang mempunyai tiga peringkat iaitu enaktif, ikonik dan simbolik. Namun begitu, kebanyakkan guru-guru tadika lebih cenderung mengajar kanak-kanak terus ke tahap ke-3 iaitu simbolik tanpa memberi pengalaman di keduakedua tahap yang sebelumnya (Nani & Rohani, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat pengalaman perkembangan Matematik yang kukuh. Kanak-kanak haruslah diberikan asas dan pengalaman pranombor yang baik sebagai satu persediaan yang kukuh bagi pembelajaran Matematik di peringkat yang lebih tinggi.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:26478
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:18 Jul 2012 06:56
Last Modified:19 Jul 2012 04:15

Repository Staff Only: item control page