Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sistem pembelajaran berasaskan masalah menerusi web

Harun, Jamalludin and Aris, Baharuddin (2008) Sistem pembelajaran berasaskan masalah menerusi web. In: Inovasi Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Komputer. Penerbit UTM , Johor, pp. 145-165. ISBN 978-983-52-0514-9

[img] PDF
68Kb

Abstract

Banyak penyelidikan masa kini telah menyumbangkan idea dan strategi bagi membantu perkembangan proses pembelajaran di peringkat pengajian tinggi termasuklah bagi program pendidikan perguruan. Ini bagi memastikan pelajar yang dihasilkan mampu memenuhi keperluan dunia pekerjaan sebenar. Atas dasar tersebut, di dapati perkembangan pesat dalam pendidikan masa kini memperlihatkan perubahan fokus daripada proses pengajaran kepada proses pembelajaran (Ramsden, 1992; Bates, 1995; Oliver dan Omari, 1999). Ini semuanya bertujuan bagi menyediakan pelajar yang bukan sahaja menguasai konsep atau pengetahuan yang disampaikan tetapi juga mempunyai kemahiran dan kognitif pada aras yang lebih tinggi sebagai mana yang diperlukan dalam dunia pekerjaan. Perkembangan teori-teori pembelajaran yang dahulunya lebih berpusatkan kepada pengajar dan proses pengajaran juga mula berubah kepada yang lebih berpusatkan pelajar dan proses pembelajaran (Jonassen, 1991). Teori kognitif dan teori konstruktivisme yang menyokong pendekatan sedemikian juga semakin mendapat perhatian ramai.

Item Type:Book Section
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:26477
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:18 Jul 2012 06:56
Last Modified:19 Jul 2012 04:14

Repository Staff Only: item control page