Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Tret Personaliti Dan Kecekapan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Dalam Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang, Johor

Abd Ghani, Faizah and Kupusamy, Nagarajan (2012) Hubungan Tret Personaliti Dan Kecekapan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Dalam Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang, Johor. Journal of Educational Psychology & Counseling, 6 . pp. 92-115. ISSN 2231-735X

Full text not available from this repository.

Official URL: http://proedujournal.com

Abstract

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan tret personaliti dan kecekapan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah-sekolah Menengah di Daerah Pasir Gudang, Johor. Seramai 92 orang Guru Bimbingan dan Kaunseling daripada 33 buah Sekolah Menengah di Daerah Pasir Gudang dipilih sebagai responden kepada kajian ini. Data-data dikumpul melalui soal-selidik personaliti Big Five (BFI) dan Counselor Rating Form (CRF). Data yang telah dikumpul dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 15.0 for windows. Dapatan kajian menunjukkan majoriti Guru Bimbingan dan Kaunseling di Daerah Pasir Gudang mempunyai tret personaliti Openness to Experience (M=40.48). Ini diikuti dengan tret personaliti Agreeableness (M=38.67), Conscientiousness (M=36.23), Extraversion (M=31.04) dan Neuroticism (M=17.59). Manakala dari aspek kecekapan, dapatan kajian menunjukkan majoriti Guru Bimbingan dan Kaunseling di Daerah Pasir Gudang mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi (M=24.42), diikuti dengan daya tarikan (M=22.67) dan kepakaran (M=20.28). Analisis inferensi kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara domain daya tarikan di bawah tahap kecekapan dengan kesemua domain tret personaliti iaitu Extraversion (p=.000, r=.530), Agreeableness (p=.000, r=.426), Conscientiousness (p=.005, r=.293), Neuroticism (p=.036, r=.219) dan Openness to Experience (p=.001, r=.343). Domain kepakaran dalam tahap kecekapan menunjukkan domain Extraversion (p=.000, r=.414), Conscientiousness (p=.044, r=.210) dan Openness to Experience (p=.000, r=.384) mempunyai hubungan yang signifikan. Manakala, bagi domain kepercayaan wujud hubungan yang signifikan dengan tret personaliti Extraversion (p=.023, r=.236) pada tahap yang lemah. Hasil kajian juga dibincang dan beberapa cadangan tindakan dan kajian lanjutan turut diutarakan dalam kajian ini. Katakunci: Tret Personaliti, Kecekapan Guru Bimbingan Dan Kaunseling, Perlaksanaan Perkhidmatan

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:bimbingan dan kaunseling, tret personaliti
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:26364
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:16 Jul 2012 03:45
Last Modified:30 Nov 2018 06:41

Repository Staff Only: item control page