Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan Sikap (Komitmen, Emosi, Berwawasan) Dengan Pencapaian Akademik Pelajar PKPG (SPT, SPN, SPH) Tahun Akhir Di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai

Mohd. Said, Mohd. Nihra Haruzuan and Kuppusamy, Chandrathevy (2012) Hubungan Sikap (Komitmen, Emosi, Berwawasan) Dengan Pencapaian Akademik Pelajar PKPG (SPT, SPN, SPH) Tahun Akhir Di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Journal of Educational Psychology and Counseling, 6 . pp. 74-91. ISSN 2231-735X

[img] PDF
227Kb

Official URL: http://proedujournal.com

Abstract

Kajian ini mengkaji hubungan sikap (komitmen, emosi dan berwawasan) dengan pencapaian akademik pelajar PKPG tahun akhir (SPT, SPN, SPH) di UTM, Skudai . Kajian ini melibatkan 131 orang responden yang terdiri daripada 53 orang lelaki dan 78 orang perempuan. Kajian ini berbentuk korelasi dan menggunakan instrumen soal selidik dengan skala Likert bagi mengukur sikap dari tiga aspek. Tiga aspek tersebut ialah komitmen, emosi serta berwawasan. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini adalah 0.8591. Dapatan kajian mendapati sikap dari ketiga-tiga aspek tersebut mencatatkan nilai min melebihi 3.5 iaitu komitmen dengan nilai min 3.714, sikap emosi dengan nilai min 3.87 serta sikap berwawasan dengan nilai minnya 3.79. Keseluruhannya, pelajar PKPG mempunyai sikap komitmen, emosi serta berwawasan yang baik terhadap pembelajaran. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan sikap di antara pelajar perempuan dan lelaki PKPG. Pelajar perempuan menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap pembelajaran. Namun, hasil daripada analisis t-test menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina dengan ketiga-tiga aspek sikap. Kajian juga telah menemui bahawa sikap komitmen dan berwawasan mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar PKPG, tetapi sebaliknya bagi sikap emosi. Di samping itu, dikemukakan juga cadangan kajian untuk meningkatkan lagi pencapaian akademik pelajar PKPG. Katakunci: Sikap, Komitmen, Emosi, Berwawasan, Pencapaian Akademik, Pelajar

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Sikap, Komitmen, Emosi, Berwawasan, Pencapaian Akademik, Pelajar; Attitude, Comittment, Emotion, Vision, Academic Achievement, Students
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:26362
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Jul 2012 03:23
Last Modified:05 Jan 2014 08:02

Repository Staff Only: item control page