Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mengenal pasti punca-punca masalah ponteng di kalangan pelajar sekolah rendah: satu kajian kes

Mustaffa, Muhammed Sharif and Abd Jamil, Suria (2012) Mengenal pasti punca-punca masalah ponteng di kalangan pelajar sekolah rendah: satu kajian kes. Journal of Educational Psychology and Counseling, 6 . pp. 50-73. ISSN 2231-735X

[img] PDF
256Kb

Official URL: http://proedujournal.com

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor masalah ponteng di kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau. Teknik persampelan rawak mudah telah digunakan untuk mengenal pasti 32 orang responden iaitu pelajar-pelajar tahun 6 untuk kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan merupakan adaptasi daripada soal selidik hasil kajian Alawiah (1987). Data yang diperolehi dianalisis berdasarkan min dan peratusan dengan menggunakan Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 13.0. Ujian kebolehpercayaan telah dijalankan ke atas 10 orang responden yang tidak termasuk dalam sampel kajian dan Alpha Cronbach yang diperoleh ialah 0.849. Keseluruhan hasil kajian menunjukkan bahawa punca utama berlakunya ponteng di kalangan pelajar ialah faktor diri, faktor hubungan keluarga, faktor rakan, faktor sikap guru dan faktor prasarana sekolah. Implikasi dari kajian ini ialah pihak sekolah dan ibu bapa harus mengambil inisiatif bagaimana proses membimbing pelajar-pelajar agar tidak terpengaruh dengan tindakan rakan pelajar yang negatif. Beberapa cadangan telah diutarakan untuk kajian lanjutan dan pihak sekolah dalam menangani masalah ponteng. Katakunci: Punca Ponteng, Sekolah, Pelajar

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Truancy Causes, School, Students
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:26361
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Jul 2012 03:20
Last Modified:26 Apr 2013 07:56

Repository Staff Only: item control page