Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan psikologi dan bentuk sokongan anak deraan seksual

Mustaffa, Muhammed Sharif and Abd Rahim, Nur Diyana (2012) Kesan psikologi dan bentuk sokongan anak deraan seksual. Journal of Educational Psychology and Counseling, 6 . pp. 30-49. ISSN 2231-735X

[img] PDF
409kB

Official URL: http://proedujournal.com

Abstract

Penderaan seksual kanak-kanak meningkat secara mendadak dewasa ini dan ianya adalah salah satu masalah sosial yang sangat membimbangkan masyarakat dan kerajaan. Justeru itu, ia meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada individu yang terlibat dalam kes penderaan seksual ini. Demikian, insiden penderaan seksual kanak-kanak ini perlu diberi perhatian segera dan perlu bagi setiap pihak untuk mengetahui kesan-kesan psikologi yang dialami, bagaimana cara penyesuaian diri yang dilakukan dan sokongan-sokongan moral yang diperolehi oleh mangsa deraan seksual. Oleh itu objektif kajian adalah mengkaji kesan psikologi yang dialami oleh anak deraan seksual, cara penyesuaian diri yang dilakukan oleh anak deraan seksual dan bentuk sokongan yang diperolehi oleh anak deraan seksual. Bagi mencapai objektif ini, kajian akan dijalankan melalui kaedah temu bual ke atas lima orang responden (subjek) yang terdiri daripada anak-anak deraan seksual bagi mendapatkan maklum balas (komen) daripada responden (subjek). Terdapat 5 bahagian soalan yang dibentuk iaitu Bahagian A berkaitan dengan maklumat demografi, Bahagian B berkaitan dengan peristiwa dan kronologi kes penderaan seksual, Bahagian C berkaitan dengan kesan psikologi yang dialami oleh anak deraan seksual, Bahagian D berkaitan dengan cara penyesuaian diri yang dilakukan oleh anak deraan seksual dan Bahagian E berkaitan dengan bentuk sokongan yang diperolehi oleh anak deraan seksual. Segala dapatan yang diperolehi daripada responden akan dianalisis mengikut prosedur yang ditetapkan dan pengkaji juga mengklasifikasikan setiap item kepada tiga tahap iaitu tahap minimum, sederhana dan kritikal. Antara ketiga-tiga elemen ini yang paling cenderung ke arah responden adalah kesan psikologi dan cara penyesuaian yang berada di tahap kritikal manakala bentuk sokongan berada di tahap yang minimum. Katakunci: Kesan Psikologi, Bentuk Sokongan & Anak Deraan Seksual

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:26360
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Jul 2012 03:17
Last Modified:13 Oct 2017 12:38

Repository Staff Only: item control page