Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Syahsiah, Sikap Belajar Dan Pencapaian Akademik

Othman, Nooraini and Mohd Noor, Noor Idahwati (2012) Syahsiah, Sikap Belajar Dan Pencapaian Akademik. Journal of Educational Psychology and Counseling, 6 . pp. 1-10. ISSN 2231-735X

[img] PDF
195Kb

Official URL: http://proedujournal.com

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan syahsiah, sikap belajar dan pencapaian akademik pelajar Islam. Syahsiah diukur melalui dua aspek personaliti Islami iaitu aspek Ibadah dan Amanah. Responden kajian ini adalah pelajar Islam tahun akhir Fakulti Pendidikan, UTM Skudai iaitu seramai 127 orang. Analisis deskriptif telah digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min dengan menggunakan perisian SPSS versi 15. Selain itu analisis juga dilakukan dengan kaedah statistik inferensi (korelasi Spearmen) untuk melihat hubungan antara pembolehubah. Satu kajian rintis telah dilakukan terlebih dahulu untuk melihat kebolehpercayaan soal selidik. Nilai Cronbach‟s Alpha yang diperolehi ialah 0.92, 0.93 dan 0.93. Hasil analisis menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara syahsiah, sikap belajar dengan pencapaian akademik. Namun demikian, analisis mendapati terdapat hubungan yang kuat dan signifikan antara syahsiah dengan sikap belajar pelajar. Kajian turut mengemukakan beberapa cadangan untuk membantu pembentukan syahsiah dalam kalangan pelajar Islam. Katakunci: Syahsiah; Personaliti Islami; Sikap belajar ; Pencapaian akademik

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:26358
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Jul 2012 03:10
Last Modified:30 Aug 2012 09:54

Repository Staff Only: item control page