Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan Keselamatan Bengkel Dalam Kalangan Guru-Guru Pelatih 4 SPH (Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup) Semasa Mengikuti Latihan Mengajar Di Sekolah

Boon, Yusof and Ahmad, Azri Ikhwan (2011) Amalan Keselamatan Bengkel Dalam Kalangan Guru-Guru Pelatih 4 SPH (Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup) Semasa Mengikuti Latihan Mengajar Di Sekolah. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 6 . pp. 102-114. ISSN 2231-7376

[img] PDF
133kB

Official URL: http://proedujournal.com

Abstract

Kajian secara deskriptif yang dijalankan ini adalah untuk meninjau pengamalan keselamatan bengkel di kalangan pelajar 4 SPH semasa mengikuti Latihan Mengajar di sekolah. Tiga aspek yang dikaji ialah tahap perlaksanaan peraturan keselamatan bengkel, tahap pengetahuan dalam mengendalikan mesin dan alatan tangan, dan kepekaan terhadap persekitaran selamat semasa menjalankan kerja amali di bengkel sekolah. Kajian ini melibatkan 71 pelajar 4 SPH yang telah menjalani latihan mengajar selama empat belas minggu di sekolah. Data dikumpulkan melalui soal selidik yang diedarkan kepada responden yang mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A tentang latar belakang responden dan Bahagian B soalan- soalan kajian yang meliputi ketiga- tiga objektif seperti kesediaan guru-guru pelatih terhadap tahap pelaksanaan peraturan keselamatan, tahap pengetahuan terhadap pengendalian mesin dan penggunaan alatan tangan dan tahap kepekaan guru-guru pelatih terhadap persekitaran dan kawasan kerja. Kebolehpercayaan soal selidik ini adalah tinggi dengan nilai Alpha Cronbachnya 0.8751. Semua data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science – Version 12.0 ( SPSS 12.0 ). Data dianalisis dalam bentuk peratusan kekerapan dan min. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar- pelajar 4 SPH telah mengamalkan peraturan keselamatan bengkel semasa mengikuti Latihan Mengajar di sekolah dengan nilai purata minnya tinggi iaitu 4.18. Mereka juga mempunyai tahap pengetahuan terhadap pengendalian mesin dan penggunaan alatan tangan tinggi dengan nilai purata minnya ialah 3.91. Manakala tahap kepekaan terhadap persekitaran dan kawasan kerja di bengkel juga berada pada tahap tinggi dengan nilai purata minnya 4.32. Kata kunci: Amalan Keselamatan Bengkel, Guru, Kemahiran Hidup, Latihan Mengajar

Item Type:Article
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:26355
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Jul 2012 02:58
Last Modified:13 Oct 2017 12:38

Repository Staff Only: item control page