Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap Hubungan Etnik: Kajian Di Kalangan Pelajar Yang Mengikuti Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007-2008, Semester 2 Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Mohd Said, Mohd Rizal and Thay, Cheow Yin (2012) Tahap Hubungan Etnik: Kajian Di Kalangan Pelajar Yang Mengikuti Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007-2008, Semester 2 Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 6 . pp. 59-72. ISSN 2231-7376

[img] PDF
135Kb

Official URL: http://proedujournal.com

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenalpasti tahap hubungan etnik di kalangan pelajar yang mengikuti Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007-2008 Semester 2 Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Penyelidikan ini memfokuskan kepada tahap hubungan etnik di kalangan pelajar dari segi kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar dan kegiatan kokurikulum pelajar. Sampel kajian ini melibatkan 146 orang responden yang terdiri daripada pelajar Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007-2008 Semester 2 Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Penyelidikan ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik. Satu set borang soal selidik yang diedarkan kepada responden dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Soal selidik Bahagian A mengandungi 7 soalan tentang maklumat latarbelakang responden. Bahagian B pula mengandungi 30 item yang menggunakan Skala Likert 1 hingga 4. Dapatan kajian yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) 13.0 for Windows bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min dan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhannya, tahap hubungan etnik di kalangan pelajar dari segi kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar dan kegiatan kokurikulum pelajar adalah pada tahap sederhana. Jadi usaha yang lebih gigih untuk mempertingkatkan tahap hubungan etnik di kalangan pelajar harus dilakukan dengan beberapa cadangan yang diutarakan di dalam kajian ini. Usaha-usaha ini juga harus disokong oleh semua lapisan masyarakat. Kata kunci: Hubungan Etnik,Kursus Kemahiran Hidup, Pelajar

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:hubungan etnik,kursus kemahiran hidup, pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:26352
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Jul 2012 02:48
Last Modified:04 Sep 2012 04:54

Repository Staff Only: item control page