Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

The study of radiation effect of mobile phones

Uchechukwu, Ikeagwuonu Obinna (2009) The study of radiation effect of mobile phones. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Electrical Engineering.

Full text not available from this repository.

Official URL: http://libraryopac.utm.my/client/en_AU/main/search...

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenalpasti tahap hubungan etnik di kalangan pelajar yang mengikuti Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007-2008 Semester 2 Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Penyelidikan ini memfokuskan kepada tahap hubungan etnik di kalangan pelajar dari segi kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar dan kegiatan kokurikulum pelajar. Sampel kajian ini melibatkan 146 orang responden yang terdiri daripada pelajar Kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sesi Pengajian 2007-2008 Semester 2 Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Penyelidikan ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik. Satu set borang soal selidik yang diedarkan kepada responden dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Soal selidik Bahagian A mengandungi 7 soalan tentang maklumat latarbelakang responden. Bahagian B pula mengandungi 30 item yang menggunakan Skala Likert 1 hingga 4. Dapatan kajian yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) 13.0 for Windows bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min dan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhannya, tahap hubungan etnik di kalangan pelajar dari segi kehidupan seharian pelajar, kegiatan pembelajaran pelajar dan kegiatan kokurikulum pelajar adalah pada tahap sederhana. Jadi usaha yang lebih gigih untuk mempertingkatkan tahap hubungan etnik di kalangan pelajar harus dilakukan dengan beberapa cadangan yang diutarakan di dalam kajian ini. Usaha-usaha ini juga harus disokong oleh semua lapisan masyarakat. Kata kunci: Hubungan Etnik,Kursus Kemahiran Hidup, Pelajar

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Kejuruteraan (Elektrik - Elektronik dan Telekomunikasi)) - Universiti Teknologi Malaysia, Supervisor : Prof. Dr. Tharek Abd. Rahman
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions:Electrical Engineering
ID Code:26350
Deposited By: Kamariah Mohamed Jong
Deposited On:13 Jul 2012 07:40
Last Modified:05 Jul 2017 03:25

Repository Staff Only: item control page